Monthly archive

July 2017

Usah panik, Jambatan Sultan Yusof selamat digunakan

in Viral by
Usah panik, Jambatan Sultan Yusof selamat digunakan


TELUK INTAN – Orang ramai terutamanya pengguna Jambatan Sultan Yusof, Batu 5, Jalan Teluk Intan – Sitiawan diminta tidak panik dengan kenyataan palsu yang tular dilaman sosial baru-baru ini.


Sebelum ini beberapa pengguna laman sosial Facebook serta aplikasi sosial WhatsApp memuat naik serta berkongsi beberapa keping gambar mengatakan bahawa terdapat kerosakan teruk melibatkan jambatan berkenaan.


Rata-rata pengguna turut melahirkan rasa bimbang memandangkan terdapat sesetengah pihak yang melontarkan komen mengatakan bahawa terdapat retakan serta mendapan teruk terhadap struktur jambatan tersebut.


Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika ditemui selepas melakukan lawatan rasmi meninjau keadaan Jambatan Sultan Yusof memaklumkan tiada kerosakan kekal melibatkan struktur jambatan seperti yang didakwa sesetengah pengguna laman sosial.


“Hari ini saya telah melakukan lawatan di Jambatan Sultan Yusof bagi melihat kerosakan seperti yang didakwa oleh pengguna melalui laman sosial.


“Tinjauan yang dilakukan bersama Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak, Abdul Rani Harun, mendapati bahawa memang terdapat kerosakan pada jambatan tersebut tetapi bukan melibatkan strukturnya seperti yang didakwa sesetengah pengguna,” katanya.


Tambahnya, hasil siasatan dan juga laporan JKR Hilir Perak mendapati kerosakan tersebut melibatkan Expansion Joint di Pier 11 Jambatan Sultan Yusof.


** Dapatkan Sinar Harian untuk berita penuh


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Bila ibu pun tahu rap lagu Korea…

in Viral by
Bila ibu pun tahu rap lagu Korea…


MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak ‘Korean/Hallyu Wave’ mula melanda negara dan ia masih menjadi kegilaan khususnya dalam kalangan remaja.


Justeru, tidak hairanlah tindakan seorang pengguna Twitter @nunonish atau Anishahhh memuat naik video ibunya menyanyi sebuah lagu rap Korea bertajuk ‘Three Word’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Sechkies menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.


“Matilanak! Ibu pun tahu rap lagu korea dia,” tulisnya di Twitter.


Video tersebut menjadi viral di media sosial kerana kelancaran wanita  tersebut menyanyi lagu itu dengan gaya bersahaja semasa memandu kereta.


Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum mereka terhadap wanita tersebut.


“Weh pertama kali tengok mak orang rap korea weh, kalau mak aku tu dia keji sebab aku rap korea,”komen pengguna Twitter, Ikhwan Lee.


Tulisannya itu disokong pengguna Twitter, Yoyon.


“Salute ibu awak! Ibu saya pun nyanyi jugak lagu kpop tapi lirik mestilah tak betul,” katanya pula.


Pengguna Twitter D turut mengatakan perkara yang sama.


“Saya nyanyi lagu Korea siap kena sumpah dengan member. Mak kamu ‘legend’gila wei!,” komennya pula.


“Wow! Bukan senang nak rap dalam bahasa Korea lebih-lebih lagi lagu yang tidak popular macam ‘Three Word’ini,” katanya.


Malah ada juga netizen yang teruja berjumpa dengan ‘fandom’ (peminat) kumpulan tersebut seperti Nur Syaqirah.


“Oh My God! Dah lah rap lagu daripada kumpulan kesukaan saya pulak tu. Dah jumpa ‘YellowKies’ (Kelab Peminat) Malaysia,” katanya.


Bagaimanapun, ada juga netizen yang melahirkan rasa kurang senang terhadap video tersebut seperti Siti Salihah.


“Mohon 20 atau 30 tahun akan datang aku tak macam ini, hahaha, mohon masa itu aku rileks je memandu sambil dengar ceramah dan zikir,” katanya.


Malaysia kini juga sering menjadi tumpuan artis dari Korea Selatan yang datang ke negara ini,  sama ada membuat konsert atau dengan tujuan promosi.


 


 


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Tujuh minit penyamun larikan barang kemas

in Viral by
Tujuh minit penyamun larikan barang kemas


SHAH ALAM – Sebuah kedai emas rugi kira-kira RM80,000 selepas disamun dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Seksyen 23, di sini, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.28 petang.


Menurutnya, siasatan dapati enam lelaki tempatan memakai topi keledar dan bervisor terlibat dalam kejadian itu.


“Suspek bersenjatakan tukul besi dan satu objek menyerupai pistol dipercayai datang menaiki tiga buah motosikal.


“Bagaimanapun, kita masih siasat dan kesan motosikal tersebut,” katanya.

Kesan cermin yang pecah.


Beliau berkata, suspek yang berjaya menyamun premis terbabit dilihat keluar kira-kira tujuh minit kemudian.


Katanya, satu kelongsong peluru jenis Luger 9mm dijumpai di tempat letak kereta hadapan pintu masuk pusat beli-belah itu.


“Suspek berjaya melarikan barang kemas dan dianggarkan bernilai RMRM80,000,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Suami Isteri Mahu Kurus, Boleh Kongsi Amal Air Rebusan Pencair Lemak Ini!

in Diet/Majalah/VK by
Ramai yang nak kurus tapi takut nak makan ubat kurus. Bersenam pun segan juga. Untuk anda yang spesis macam ni boleh amalkan cara tradisional pula.

Boleh amalkan minum air rebusan rempah dan herba perkongsian Habibah Badar Bajrai. Katanya air rebusan ini disarankan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.

Lagi satu, air rebusan herba ini bukan setakat menguruskan badan tapi juga membuang angin menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.

Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.

Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami.  Jom cuba!

Bahan-bahan

  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang Kayu Manis Ceylon
  • 3 hiris halia di ketuk
  • 1 biji lemon
  • Madu

Cara membuat:

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.

Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.

Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!

Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.

Khasiat bahan dalam air rebusan

Serai

Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.

Halia

Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.

Cengkih

Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.

Kayu manis Ceylon (true cinnamon)

Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak

Madu

Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.

Lemon

Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina

Sumber:  Habibah Badar Bajrai

'Petinju MMA' ditewaskan Pak Guard Nepal

in Viral by
'Petinju MMA' ditewaskan Pak Guard Nepal


SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya seorang ‘petinju’ dilaporkan bergaduh dengan sekumpulan pengawal keselamatan dipercayai dari Nepal dan kejadian itu tular di laman sosial.


Menurut laporan perkongsian laman Facebook ‘Discover Subang Jaya’, kejadian tersebut berlaku di sebuah kondominium.


Perkongsian berkenaan mengatakan lelaki berkenaan tidak dibenarkan menaiki kondominium tersebut dan berjumpa dengan kawannya.


Dalam salah sebuah video yang tular, lelaki berkenaan mula menendang pengawal tersebut.


Lelaki berkenaan kemudian ‘dijatuhkan’ oleh sekumpulan pengawal keselamatan lain dan diikat.


Ketika diikat, beliau didakwa bercakap besar mengenai keupayaan MMA beliau dan ‘sengaja kalah’.


Majoriti pelayar laman sosial memuji kesungguhan pengawal keselamatan tersebut yang ‘berdiri teguh’ walaupun digertak individu yang lebih ‘besar’.


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA