Monthly archive

August 2017

Si comel jadi posmen pikat Cik Awie

in Viral by
Si comel jadi posmen pikat Cik Awie


SHAH ALAM – Memikat pasangan  diminati menggunakan  ayat manis perkara biasa.


Usaha memikat itu tidak janggal kerana secara fitrahnya lelaki sentiasa berusaha walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran.


Namun, kaedah memikat lelaki zaman moden ini kepada wanita dari Kedah yang dikenali Cik Awie ini lain daripada biasa.


Berkemungkinan besar sifat malunya tinggi, si comel kucing kesayangan Cik Awie, digunakan sebagai perantara untuk menyampaikan hasrat hatinya secara terbuka.     


Lelaki misteri itu juga turut melipat kertas berisi surat cinta pada leher kucing Cik Awie yang dinamakan Mok sebagai posmen.


“Assalamualaikum, saya nak cakap face to face segan, so macam ni la caranya. Saya nak berkenalan ja, kalau awak sudi, saya nak mintak nombor telefon ja kalau tak keberatan.


“TQ . Reply this message after you receive,” antara kandungan mesej ditulis jejaka misteri itu yang kemudian tular di media sosial.


Cara lelaki misteri meluahkan rasa hati itu menjadi bualan netizen kerana tidak ramai golongan lelaki menggunakan kreativiti sebegini dalam mengurat wanita lebih-lebih lagi pada zaman moden.


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Baju Kurung Lengan Lipat Tunku Tun Aminah Jadi Bualan. Bakal Jadi Ikutan

in Elok/Majalah/VK by

Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.

Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.

Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.

Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.

Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.

“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.

“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.

Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.

Lengan baju kurung dilipat

Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.

Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.

Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).

Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.

Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.

VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.

Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers

 

 

Kembali UTAMA