Monthly archive

April 2018

Angsa, itik jadi mangsa karate

in Global by


ORLANDO – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas dia menjadikan angsa-angsa di sebuah taman awam sebagai ‘rakan sparring’.


Kejadian pelik itu berlaku di Lake Eola Park yang terkenal  sebagai tempat persinggahan angsa, baru-baru ini.


Seorang saksi memberitahu, dia melihat Rocco Joseph Mantella melakukan beberapa aksi kung fu ke atas haiwan terbabit.


Kata saksi tersebut, Mantella menendang kepala seekor angsa sekuat hati sambil ketawa terbahak-bakak.


“Dia tidak mempedulikan teguran pengunjung taman, malah dia menyerang angsa-angsa lain yang hampir dengannya.


“Bukan sahaja angsa, malah beberapa itik juga jadi mangsa lelaki itu,” katanya.


Difahamkan, Mantella telah ditahan pihak berkuasa dan berdepan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.


Dia juga didenda AS$1,000 (RM3,922). – Metro.UK


Source: SH Global

[featured-video-plus]

'Dua tahun lampu tak menyala'

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


TAMPIN – Penduduk di Taman Ametis, di sini, berasa kesal dan kecewa apabila kemudahan lampu jalan yang ada di penempatan berkenaan sudah tidak berfungsi sejak lebih dua tahun lalu.


Salah seorang penduduk, Teh Choon Siew, 59, berkata, dia sudah tahun kelima menetap di taman perumahan berkenaan dan cuma menikmati kemudahan lampu jalan selama setahun sahaja sebelum kemudahan berkenaan tidak berfungsi kembali.


Menurutnya, menjadi permasalahan buat penduduk terutamanya pada waktu malam apabila taman perumahan berkenaan gelap sehingga menimbulkan kebimbangan buat penduduk yang keluar masuk pada waktu malam.


“Sebagai penduduk di kawasan perumahan seperti ini semestinya kemudahan lampu menjadi keutamaan buat kita bagi tujuan keselamatan serta pencahayaan pada waktu malam.


“Masalah ini pernah diketengahkan kepada PBT oleh penduduk tetapi berlaku tolak-menolak urusan antara PBT dan pihak pengusaha rumah serta agensi berkaitan,” katanya ketika ditemui di Taman Ametis, di sini, baru-baru ini.


Bagi seorang lagi penduduk, Abd Latif Tambi, 63, dia menyatakan kekesalannya apabila kemudahan berkenaan bagi keselesaan penduduk sehingga ke hari ini masih belum diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab.


Menurutnya yang juga Ketua Amanah Tampin, sebagai penduduk kemudahan lampu jalan amat perlu bagi pencahayaan di waktu malam serta mengurangkan risiko kejadian jenayah berlaku di sesebuah penempatan.


“Kita harap sangat pihak bertanggungjawab dapat ambil serius masalah ini dan pastikan kemudahan ini berfungsi kembali.


Sementara itu, Calon Harapan Dun Repah, S Veerapan berkata, dia sudah ketengahkan masalah itu sejak dua tahun lalu kepada pihak Majlis Daerah Tampin (MDT) untuk diselesaikan.


Menurutnya, dia yang merupakan wakil rakyat selama dua penggal di Dun Repah dimaklumkan, kemudahan lampu jalan berkenaan perlu dinaik taraf atas faktor tertentu dan berlaku penolakan dari agensi berkaitan.


“Kawasan ini mempunyai lebih 100 buah rumah dan sewajarnya masalah lampu jalan ini tidak timbul sehingga memberi rasa kurang selesa penduduk.


“Kita harap agensi berkaitan segera selesaikan masalah di sini dan peruntukan yang ditunggu-tunggu itu akan diperoleh demi keselesaan penduduk,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]

BN fokus isu perumahan

in Edisi Terengganu by


KUALA NERUS – BN akan terus memberi fokus ke arah memastikan masalah perumahan dihadapi rakyat diselesaikan sebaiknya.


Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelbagai usaha telah diambil termasuk membina lebih banyak perumahan mampu milik.


Menurutnya, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ketika ini dengan membina 10 buah rumah di setiap Dun masih dikekalkan.


“Setiap tahun melalui peruntukan Dun, kerajaan akan membina 10 buah rumah PPRT kepada penerima yang layak.


“Apabila kerajaan mewujudkan projek ini, kita bukan sahaja memberi kediaman kepada rakyat yang belum memiliki rumah tetapi juga dapat membantu mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan kunci kepada penerima Projek Perumahan di Kampung Lembah Harapan, Seberang Takir.


Pada majlis itu, seramai 11 penerima daripada 23 rumah yang telah siap dibina menerima kunci rumah masing-masing.


Penyerahan kunci itu juga turut menamatkan penantian lebih 40 tahun penduduk di kawasan itu memiliki kediaman sendiri.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Yakin semua kaum sokong Pas

in Edisi Utara by


KULIM – Pas yakin pengundi di Dun Kulim akan memilih parti itu pada PRU14.


Naib Yang Dipertua Pas Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Mohd Salleh berkata, masyarakat kepelbagaian kaum di kawasan ini juga akan memilih Pas pada PRU14 ini kerana inginkan perubahan dan bagi memastikan nasib mereka terbela.


“Kita tidak gentar, kita yakin akan dapat sokongan rakyat daripada kaum India dan Cina khususnya kerana parti kita bukan dikhususkan untuk orang Islam sahaja.


“Dalam Gagasan Sejahtera selain Pas ada NGO yang terdiri daripada kaum lain, Dewan Himpunan Cina juga beri sokongan kepada kita, jadi kita bukan bersendirian dan parti kita juga parti kepelbagaian kaum.


“Masyarakat dan pengundi di Kulim yang mahu perubahan juga pasti akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata, Pas akan berkhidmat untuk semua sekiranya pengundi memberi mandat kepada calon-calon yang bertanding pada PRU14.


“Kalau kita menang bukan kita nak berkhidmat untuk satu kaum sahaja, sebaliknya kita berkhidmat dan bantu semua tanpa kira kaum dan ideologi politik.


“Jadi pengundi buatlah pilihan yang bijak, jangan tertipu lagi dengan janji-janji yang ditaburkan calon lain,” katanya.


Terdahulu, Mohd Khairi diumumkan sebagai calon Dun Kulim dan akan menentang Chua Thiong Gee (BN), Yeo Keng Chuan (Harapan) serta Lee Ah Leong (Parti Rakyat Malaysia).


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Rumah ‘diserbu’ pengundi

in Uncategorized by


BAGAN SERAI – Calon PKR Parlimen Bagan Serai, Adam Asmuni, 33, tidak menyangka rumah keluarganya di Kampung Parit Usin, di sini ‘diserbu’ sebilangan pengundi sejurus diberi mandat sebagai calon bertanding di Parlimen itu.


‘Serbuan’ itu amat mengejutkan Adam dan tindakan itu gara-gara ramai pihak pada mulanya tidak mempercayai beliau merupakan anak tempatan Parlimen Bagan Serai berketurunan banjar.


“Ibu bapa saya turut terkejut apabila ada sahaja pengunjung yang datang dari pelbagai kawasan di Parlimen bertanyakan soalan bertalu-talu, sama ada saya ini benar-benar berasal dari sini dan berlatar belakangkan banjar.


“Apabila diberi penjelasan, mereka berpuas hati dan menjelaskan tindakan mereka itu atas sebab serik menerima calon luar. Mereka turut berpuas hati apabila gabungan pembangkang menampilkan calon muda yang berpotensi seperti saya untuk merampas kembali  kerusi dimenangi BN pada PRU13,” katanya.


Adam turut menganggap pengalaman kali pertama bertanding pada PRU sebagai calon muda tidak menjejaskan peluangnya meraih sokongan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.


Mengakui berdepan cabaran getir tiga penjuru menentang penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan calon wanita Pas, Rohaya Bakar, Adam yakin mampu mencipta kejutan berdasarkan gelombang pengundi melayu kini beralih sepenuhnya kepada PKR-Harapan.


“Lagipun saya sudah turun padang menemui lebih 50 peratus pengundi Parlimen Bagan Serai sejak tiga tahun lalu.


“Lebih membanggakan, usaha saya turun padang bukan ‘bermusim’ seperti didakwa Noor Azmi sebelum ini dan buktinya, pengundi Cina dan India lebih mengenali saya berbanding wakil rakyat,” katanya.


Adam turut memberi jaminan akan melaksanakan transformasi sistem pengurusan pertanian padi di Parlimen Bagan Serai sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat selepas PRU14.


“Saya juga akan memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana kemudahan awam seperti jalan raya, lampu jalan dan balai raya dapat disediakan di seluruh kawasan tebuk dan kampung,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

10 PRU 10 calon

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Tindakan pembangkang terutama sekali DAP yang sering bertukar calon bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan setiap kali PRU menunjukkan tujuan sebenar mereka untuk memenangi kerusi-kerusi yang ditanding.


Calon BN Parlimen Teluk Intan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, lebih pelik apabila mereka mendakwa beliau akan lari dari bertanding di Teluk Intan sebelum ini dan ternyata ia tidak benar kerana beliau masih bertanding di Parlimen Teluk Intan.


“Banyak cakap pada PRU 2014 saya kalah lebih 7,000 undi dan sebagai Presiden Gerakan saya akan lari, tetapi mana mungkin jika PRU13 kalah saya tak lari dan menang PRK 2014 lalu lari kerana takut kalah PRU14.


“Tetapi DAP sudah 10 penggal mereka tampilkan 10 calon tak sama, yang menang lari yang kalah juga lari dan ini menunjukkan keikhlasan terhadap komitmen mereka di Teluk Intan sama ada benar-benar hendak tolong rakyat,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Mesra Bersama Yayasan Pesara Kerajaan di Taman Seri Setia, semalam.


Beliau berkata, selain bertukar calon, DAP juga mengamalkan kempen tidak sihat dengan membawa budaya samseng serta memaki hamun setiap kali berjumpa rakyat Teluk Intan.


“PRU adalah demokrasi dan kita perlu memilih satu calon yang boleh tolong kawasan kita bukan calon yang membawa berita palsu, memaki hamun kerana ia bukan budaya kita.


“Tidak cukup lagi tiap lima tahun orang luar datang Teluk Intan cakap nak buat transformasi tetapi cuba banding apa yang dibuat mereka dengan yang saya lakukan selepas memenangi PRK 2014 untuk rakyat di sini,” katanya.


Siew Keong turut menyelar tindakan pembangkang yang didakwa mencabut bendera BN yang dipasang di beberapa kawasan dalam parlimen ini sebagai tindakan tidak profesional.


“PRU kali ini berbeza kerana mereka membawa budaya tidak sihat seperti memaki hamun, mencabut bendera kerana boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara penyokong parti,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Kecewa dituduh berkomplot

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


LABU – “Saya dah bersedia nak berlaga, kalau saya bertanding dengan dia saya yakin boleh menang dengan selesa di Dun Rantau, saya lahir dan tinggal di Rantau dia baru tujuh bulan datang Rantau.” Demikian kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Adun Rantau.


Mohamad ketika ditemui berkata, beliau kecewa apabila ada segelintir pihak menuduh dia bersama calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkomplot untuk mengenakan calon PKR yang tidak dibenarkan masuk bertanding akibat tiada Pas.


Kata Mohamad, beliau kalau boleh mahu bertanding secara gentleman di Dun Rantau itu, lebih-lebih lagi calon PKR adalah orang luar, sudah pasti akan memberi laluan mudah untuknya mengekalkan kerusi di Dun itu.


Tambah Mohamad, beberapa kampung di Rantau ramai yang menolak calon PKR ini, dan ada yang tidak suka dengan kehadirannya di Rantau, situasi itu menunjukkan penduduk juga menolak calon PKR itu.


“Ingat saya suka menang tanpa bertanding macam ni, saya lebih suka bertanding dengan dia (calon PKR) melalui pilihan raya, saya dah lama buat persediaan dan saya juga sudah bersiap sedia untuk berlaga, tetapi perkara sebaliknya pula berlaku.


“Tindakan dikenakan terhadap calon PKR itu adalah antara dia dengan SPR, tidak ada kena mengena dengan saya atau pun KJ, kami sendiri tidak tahu apa yang berlaku, kenapa dia tak bawa pas calon, sedangkan semua calon tahu perkara itu.


“Saya berharap perkara ini tidak dijadikan sebagai bahan untuk menjatuhkan imej BN, kerana saya berpendapat ada sesuatu yang sengaja dilakukan untuk memburukkan BN dan pihak polis dan SPR perlu menyiasat perkara ini sebaik mungkin,” katanya.


Beliau ditemui pada program Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Sutera Labu, di Ladang Kirby di sini tadi.


Tambah Mohamad, beliau kurang seronok dengan apa yang berlaku, terlalu banyak tuduhan dan kutukan yang diterima daripada pihak pembangkang.


Katanya, kalau boleh beliau sendiri mahu benarkan calon PKR itu masuk bertanding kerana beliau yakin boleh menang besar di situ.


Namun katanya, kuasa besar hanyalah ada pada SPR sahaja, beliau sendiri tidak boleh berbuat apa-apa melainkan dengan arahan SPR.


“Biarlah SPR dan pihak berkuasa jalankan tugas mereka dengan bijak, saya berharap perkara ini perlu disiasat dengan serius bagi memastikan kebenarannya.


“Ini bukan budaya kita yang suka menghasut dan mengganggu ketenteraman awam, jika ada yang tidak puas hati ambil langkah mengikut perundangan bukan menuduh orang lain sesuka hati,” katanya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]

Petanda baik buat Pas di Kuala Langat

in Edisi by


KUALA LANGAT – Mendengar sendiri sokongan rakyat ketika turun padang bertemu pengundi sesuatu yang cukup melegakan dan berharga untuk didengar.


Calon Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Yahya Baba berkata, sokongan rakyat di Banting misalnya cukup baik terutama masyarakat Melayu yang memang mengenalinya.


Menurut Yahya, kebanyakan pengundi yang beliau temui tiada satu pun yang menyatakan bantahan atau tidak menyokong perjuangan parti itu.

Mengambil peluang mendekati peniaga dalam kalangan masyarakat Cina di Kampung Chodoi.


“Bagi saya itu adalah petanda yang baik berbeza dengan PRU13 yang mempunyai macam-macam tohmahan.


“Dengan penyokong bangsa lain pun sama, ada sesetengah kawasan mereka memang orang kita, walaupun dah tukar parti pun mereka tetap luahkan rasa sokongan,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan perjumpaan dengan masyarakat di Kampung Chodoi, Dun Morib, semalam.


Yahya yang juga Bendahari Pas Kawasan Kuala Langat berkata, beliau tidak menyangka sokongan pengundi masih sama malah tidak menolak Pas untuk mentadbir sekiranya diberi mandat.


Jelasnya, Pas bukan hanya menawarkan kelebihan dalam agama namun sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik termasuk keazaman mengotakan janji dalam manifestonya.


“Bila ada yang terang-terang bagi tahu sokong kita, harapan untuk kita diberi mandat sangat besar dengan syarat mendapat sokongan semua peringkat umur, dan bangsa di Kuala Langat,” ujar beliau.


Mengulas lanjut, Yahya berkata, beliau akan meletakkan keutamaan terhadap aspek perkhidmatan kesihatan terutama untuk warga Kuala Langat dengan menyediakan perkhidmatan dan kepakaran yang terbaik kepada rakyat.


Katanya, dua perkara itu antara kepentingan utama yang rakyat di sini mahu dan menjadi pegangannya untuk membantu rakyat sekiranya diberi mandat.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

BN yakin ‘tawan’ Ayer Hitam

in Edisi Johor by


BATU PAHAT – BN Ayer Hitam yakin mampu ‘menawan’ kawasan parlimen dengan kemenangan 3-0 dan merampas kembali kerusi Dun Yong Peng yang dimenangi pembangkang pada PRU13 lalu.


Ketua BN Ayer Hitam, Samsol Bari Jamali berkata, beliau berharap pada PRU14 ini rakyat akan dapat memilih dengan lebih bijak wakil mereka untuk kali ini dan tidak membuat kesilapan yang sama pada pilihan raya lalu.


Menurutnya, kali ini BN Ayer Hitam telah memilih calon yang terbaik yang cukup dikenali dalam kalangan pengundi bagi kerusi Dun Yong Peng dan yakin akan mampu memenanginya.


“Calon berkenaan, Ling Tian Soon yang juga pegawai khas kepada Penyandang Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong sememangnya sentiasa ada di kawasan membantu menyelesaikan masalah rakyat.


“Dia (Ah Soon) telah berkhidmat selama lebih lima tahun dalam kawasan Ayer Hitam dan saya yakin dengan jawatan sebagai pembantu khas kepada penyandang wakil rakyat di sini, dia lebih faham dengan masalah tempatan,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa program ramah mesra calon BN kerusi Dun Semarang di Kampung Parit Tengah, Jalan Parit Botak, di Parit Raja, di sini.


Katanya, calon yang dipilih ini merupakan calon yang cukup dikenali penduduk setempat.


“Bukannya seperti sesetengah calon daripada pembangkang yang meletakkan calon luar.


“Ada kalanya mereka kurang mahir dengan lokasi setempat, inikan pula untuk menyelesaikan masalah penduduk tempatan,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

Ibu kecewa penculik botakkan kepala bayi

in Global by


DEPOK – INDONESIA. Kebimbangan seorang ibu mengenai keselamatan bayinya yang diculik di Jawa Barat Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila anak kecil itu ditemui dalam keadaan selamat, semalam.


Media tempatan melaporkan, bayi berusia 25 hari itu diculik di kawasan perumahan di Sukmajaya ketika ibunya, Marlina keluar ke kedai runcit berhampiran.


Marlina mengaku kepada polis dia tidak mengunci pintu rumah ketika meninggalkan bayi itu bersama seorang lagi anak perempuannya berusia sembilan tahun.


Menurut polis, bayi yang diberi nama Aditya dan mempunyai tanda lahir di hidung itu ditemui di sebuah bilik sewa di Abadi Jaya.


“Ya…ini anak saya. Tapi mengapa kepalanya dibotakkan. Apa pun, alhamdulillah dia tidak dicederakan.


“Terima kasih kepada polis, media dan orang ramai yang mendoakan sehingga anak saya dijumpai,” katanya.


Sementara itu, polis telah menahan dalang utama penculikan tersebut.


“Setakat ini kami telah menahan dua individu. Kami tidak boleh mengulas lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan,” kata Ketua Unit Jenayah Depok, Komisioner Didik Sugiarto. – DetikNews


Source: SH Global

[featured-video-plus]

1 2 3 354
Kembali UTAMA