KWSP beri projek hartanah kepada TSR Capital Land

in Bisnes by


KUMPULAN  Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Land Sdn Bhd memberikan projek pembangunan hartanah kediaman mewah di Kwasa Damansara, Selangor dengan nilai pembangunan kasar (NPK) RM295 juta, kepada TSR Capital Bhd.


Kwasa Land yang merupakan pemaju utama Kwasa Damansara, berkata anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Development (3) Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian dengan TSR Development Sdn Bhd yang dimilik sepenuhnya oleh TSR Capital, bagi pembinaan unit kediaman di kawasan seluas 2.64 hektar atau Plot R3-3.


Projek dijangka siap pada 2024, mengandungi 260 unit kediaman mewah, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, semalam.


Menurut Kwasa Land, perjanjian menetapkan TSR Capital membuat pembayaran sebanyak RM58.94 juta kepada syarikat itu bagi hak pembangunan dan perkongsian hasil.


Kwasa  Damansara terletak di atas tanah milik Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh, sebelum ini.


Ia merupakan pembangunan seluas 943.7 hektar yang dirancang sebagai perbandaran bersepadudan  bercirikan hijau, inklusif serta mampan sebagai antara tarikan utamanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]