Monthly archive

June 2018

Gesa Harapan realisasi pembangunan Parit Buntar

in Uncategorized by


PARIT BUNTAR – Umno bahagian Parit Buntar menggesa kerajaan Harapan merealisasikan pembangunan di Parlimen itu pada tahap optimum, selaras dengan kejayaan perlantikan dua Exco Kerajaan Negeri dan seorang bakal menteri dipilih dari Parlimen dan Dun di sini.


Calon Ketua Umno Bahagian Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Md Ali berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Adun Titi Serong, Husnul Zulkarnain Abd Muniam dan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari kerana dilantik sebagai Exco Kerajaan negeri penggal ini.


Menurutnya, perlantikan mereka dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang dijangka bakal dilantik menteri Kabinet oleh kerajaan Harapan sebenarnya berita gembira yang boleh dibanggakan rakyat Parlimen ini.


“Namun begitu, apabila sudah mempunyai wakil kanan kerajaan negeri dan Pusat, seharusnya kerajaan Harapan membuktikan mereka boleh melaksanakan agenda pembangunan lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.


“Sebenarnya, dahulu pun kerajaan negeri BN sudah merencana pelbagai idea untuk pembangunan namun tidak sempat dilaksanakan berikutan kekangan kewangan.


“Jadi, dengan kerajaan baharu di mana wakil rakyat kita memainkan peranan langsung di peringkat negeri dan Pusat, saya berharap mereka benar-benar melaksanakan agenda pembangunan mampan dan tidak bersikap retorik,”katanya sewaktu ditemui pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Buntar di Dewan Ramli Ngah Talib, di sini semalam.


Sementara itu, pertandingan pemilihan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit Buntar menyaksikan Abu Bakar sebagai penyandang dicabar bekas Pengerusi Bernama, Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman.


Bagaimanapun, jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian itu menyaksikan bekas calon BN Dun Kuala Kurau pada PRU14, Shahrul Nizam Razali menang tanpa bertanding setelah penyandang jawatan itu, Abdullah Salleh mengumumkan penarikan diri pagi tadi.


Pertandingan jawatan Naib Ketua Umno bahagian Parit Buntar bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara bekas Ketua Pemuda Umno bahagian itu, Mu’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin dengan bekas Ahli Jawatankuasa(AJK) Umno bahagian, Asman Ibrahim.


Dalam pada itu, Shahrul Nizam sewaktu dihubungi menjangkakan keputusan penuh pemilihan jawatan peringkat Umno bahagian dan Pusat hanya akan diketahui selepas jam 6 petang nanti.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

‘Orang kanan’ tekad bantu ketua

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Beri perkhidmatan menguatkan Umno antara tekad disuarakan ‘orang kanan’ Umno Bahagian Kota Tinggi yang dipilih pada pemilihan kali ini.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Mohd Ali Piee berkata, jawatan diamanahkan akan digunakan untuk membantu ketua bahagian itu dalam usaha menjadikan Umno terus relevan.


“Kita mahu pastikan Umno terus menjadi yang terbaik di parlimen ini. Bahkan pada PRU15 nanti kita sudah bersedia untuk terus pertahankan ke tiga-tiga kerusi yang ada termasuklah Dun Johor Lama dan Sedili.


“Tambahan pula dua kerusi itu pada asalnya milik Umno sebelum tindakan dua Adun berkenaan lompat parti.


“Kita berkeyakinan ia akan terus menjadi kerusi Umno pada pilihan raya akan datang. Tambahan pula kita lihat sokongan di peringkat cawangan kepada Umno masih kuat,” katanya.


Mohd Ali berkata, apa yang perlu dilakukan Umno bahagian itu adalah lebih menampakkan gerak kerja supaya masyarakat melihat dan merasai khidmat dari Umno.


Katanya, gerak kerja lebih giat juga dirangka termasuklah di peringkat cawangan untuk mengekalkan Umno sebagai satu pasukan yang kuat dan menjuarai hati rakyat.


“Diharap ahli Umno bahagian ini akan terus memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baru yang dipilih kali ini. Semoga kepimpinan yang dipilih akan sama-sama dapat membantu membangunkan kembali Umno,” katanya.


Terdahulu, pemilihan Umno kali ini menyaksikan Muszaidee Makmor dipilih Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi yang baharu selepas bekas ketuanya, Datuk Daing A Malik A Rahaman melepaskan jawatan dan tiada sebarang pertandingan.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

Azhari kekalkan kuasa walau menang tipis

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Datuk Azhari Shaari berjaya mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Shah Alam bagi penggal kedua dalam pemilihan perwakilan sesi 2018/2021, semalam.


Azhari bagaimanapun menang tipis dengan majoriti sembilan undi dalam pertembungan tiga penjuru itu.


Azhari memperoleh 196 undi menewaskan calon terdekat, Datuk Ahmad Mua’adzam yang hanya mendapat 187 undi, manakala Datuk Ahmad Safri Hanifullah dengan hanya 134 undi.


Selain itu, dalam pemilihan ketua bahagian yang melibatkan 521 perwakilan itu, sebanyak empat undi didapati rosak.


Sementara itu, jawatan bagi Naib Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian bagi penggal ini turut menampilkan muka baharu.


Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian, Wan Indra Putra Ahmad menang dengan menewaskan penyandang terdahulu, Datuk Nor Hisham Ses, manakala kerusi Timbalan Ketua Umno Bahagian yang baharu kini digalas Azman Mat Isa yang mengalahkan Datuk Abdul Rahim Mat Sah.


Azhari ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan kemenangan tersebut kerana dipilih sekali lagi untuk menggalas tanggungjawab sama.


Beliau berkata, kemenangan itu membuktikan kepercayaan serta sokongan dari akar umbi terhadap dirinya dan Umno Bahagian Shah Alam masih kuat.


“Alhamdulillah perwakilan dapat menilai prestasi saya dalam penggal sebelum ini dan mahu saya terus memimpin pada kali ini.


“Dalam masa terdekat,  saya akan kumpulkan semua rakan-rakan termasuk dua calon yang bertanding bersama saya,  untuk kita rapatkan saf dan bincang kedudukan mereka sama ada akan terus bersama dalam barisan baru ini atau terpulang pada bentuk sokongan yang mereka ingin bekerjasama nanti, ” katanya bertekad untuk lebih aktif sebagai pembangkang selain fokus dalam perjuangan menuju PRU15.


Sementara itu,  Azman pula tidak menyangka penyertaan pertamanya untuk bertanding jawatan timbalan ketua membuahkan hasil apabila mendapat sokongan padu dalam pemilihan kali ini.


“Saya akan fokus untuk pengukuhan parti serta ahli di peringkat cawangan dan organisasi.


“Kita akan pastikan pengkaderan serta mencari ahli Umno yang berkualiti termasuk mencari jalan untuk memulihkan kepercayaan rakyat dan ahli kepada parti, “katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

Pas gesa gubal Akta Anti Lompat Parti

in Uncategorized by


BAGAN SERAI – Pas Perak menggesa kerajaan menggubal Akta Anti Lompat Parti dalam persidangan Parlimen akan datang bagi mengelakkan fenomena wakil rakyat lompat parti berleluasa di negara ini.


Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan kebimbangan budaya lompat parti akan berterusan sehingga menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan dipilih rakyat melalui sistem amalan demokrasi.


Menurutnya, rakyat negara ini sebahagian besarnya mengundi atas dasar parti bukan individu dan kesemua wakil rakyat bertanding sebenarnya atas tiket parti kecuali parti bebas.


“Justeru, jika mana-mana wakil rakyat hendak lompat parti atau keluar parti menjadi wakil rakyat bebas, kerusi ditandingi pemimpin berkenaan mesti dikosongkan dan dipulang balik kepada rakyat.


“Itulah antara perkara perlu terkandung dalam akta baharu dicadangkan kerana mandat memilih wakil rakyat baharu bagi kawasan wakil rakyat lompat terbabit harus diserahkan kembali kepada rakyat,” katanya kepada media di Program Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Bagan Serai di Masjid Tinggi, di sini semalam.


Razman yang juga Adun Gunong Semanggol berkata, senario ramai wakil rakyat keluar parti perlu dibendung sepenuhnya kerana keputusan mereka boleh menentukan sama ada tertukar atau tertubuhnya kerajaan baharu.


Menurutnya, amalan wakil rakyat lompat parti merupakan satu budaya tidak baik kepada masa hadapan negara dan Pas mengharapkan satu ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Harapan dalam menangani isu ini.


Dalam perkembangan lain, Razman yakin sokongan pengundi Melayu di negara ini akan beralih kepada Pas pada PRU15.


Menurutnya, peralihan sokongan itu dijangka berlaku secara besar-besaran berikutan beberapa keputusan kontroversi dibuat kerajaan Harapan ketika ini dilihat sudah mula menyentuh sensitiviti agama dan hak keistimewaan orang Melayu.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Muka baharu terajui Umno Sri Gading

in Edisi Johor by


BATU PAHAT – Pimpinan Umno Bahagian Sri Gading menampilkan muka baharu bagi jawatan ketua apabila penyandangnya, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengambil keputusan untuk bersara dalam bidang politik dan menumpukan perhatian kepada keluarga dan perniagaannya selepas ini.


Jawatan berkenaan kini disandang Datuk Ali Shikh Ahmad dan dibantu Timbalannya yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sri Gading, Mohd Lassim Burhan.


Ab Aziz berkata, setelah 30 tahun bermula 1988 aktif dalam bidang politik, kini telah sampai masa untuknya berehat dan memberikan peluang kepada muka baharu untuk memperkasa Umno secara keseluruhannya.


Menurutnya, diharapkan dengan kepimpinan yang baharu ini Umno akan mampu meraih sokongan dan dalam masa yang sama akan mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan.


“Saya melepaskan jawatan ini kerana mahu menunaikan janji saya yang saya katakan sebelum PRU lalu, jika saya saya kalah saya tidak akan mengekalkan satu jawatan pun dalam parti, namun akan menjadi individu yang menyokong Umno daripada belakang.


“Saya juga bersedia memberikan khidmat berdasarkan rasa cinta saya pada parti ini. Sekiranya diperlukan dan ia lebih kepada sokongan terhadap Umno,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading


Katanya, dia juga mengharapkan perselisihan yang berlaku sebelum ini yang mengakibatkan parti Umno terpecah tidak akan berulang dan kini sudah tiba masanya untuk mengukuhkan perpaduan demi kepentingan masa depan orang Melayu.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

Tak rela Umno terus jadi bursa saham

in Edisi Terengganu by


KEMAMAN – Bekas menteri besar yang juga calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Said tidak rela melihat Umno terus dijadikan seperti bursa saham angkara politik wang.


Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, ekoran itu beliau menentang politik wang dan ia menjadi perjuangam beliau.


“Masuk Umno bukan untuk berniaga, ini bukan tempat berjual beli. Sebab itu saya kata perjuangan saya jelas, saya tanding Naib Presiden Umno, tapi saya tidak jumpa pun perwakilan (untuk raih undi).


“Ini kerana ada perwakilan jumpa calon untuk wang. Jangan jadikan kita boleh dijual beli. Jadi Umno perlu ada integriti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Pejabat Umno Bahagian Kemaman, semalam.


Ahmad berkata, beliau bersedia untuk bangkit kembali untuk mengembalikan maruah Umno.

Ahmad (kanan) melihat calon Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga calon ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membuang undi, semalam.


Kata beliau, beliau yakin pada 2022 atau 2023 Umno akan bangkit kembali dan kembali menebus kekalahan dalam PRU14 lalu.


“Pakatan Harapan (Harapan) sekarang ibarat parti bom jangka, sebab pemimpin parti Harapan masing-masing bercita-cita jadi perdana menteri,” katanya.


Paling penting, Ahmad berkata, untuk memenangi semula hati rakyat, pemimpin Umno jangan bergaduh dengan rakyat serta tidak boleh berkecil hati dengan rakyat.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Gabungan muka lama dan baharu

in Edisi by


JERANTUT – Gabungan muka baharu dan lama barisan kepimpinan Umno Bahagian Jerantut diyakini mampu mengembalikan kekuatan bahagian itu seperti dulu selepas berdepan kekalahan pada PRU14.


Ketua Bahagian, Datuk Nazri Ngah berkata, gabungan kepimpinan tersebut mempunyai kekuatan dan berupaya mengembalikan zaman kegemilangan Umno.


“Gabungan yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman itu bukan sahaja boleh menguatkan dan menggilap semula parti, malah mengembalikan perpaduan dan kesepaduan yang kukuh terutamanya dengan adanya sokongan dan kerjasama akar umbi.


“Kita akan bekerja dalam satu pasukan dan akan menjadikan kesilapan lalu sebagai satu iktibar dan pengajaran untuk kita bangkit semula mengungguli parti keramat orang Melayu ini,” katanya lagi.


Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas persidangan perwakilan Umno Bahagian Jerantut semalam yang dihadiri 800 perwakilan daripada 103 cawangan.


Adun Pulau Tawar yang juga anggota Exco kerajaan negeri itu menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian setelah penyandangnya Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris melepaskan jawatan tersebut.


Jelasnya lagi, Umno Bahagian itu akan turun padang menemui akar umbi serta mengadakan lebih banyak program dan aktiviti bersama ahli dan rakyat.


“Kita akan dengar suara akar umbi dan akan buat tindakan segera bagi kebaikan parti.


“Kita tidak main-main, malah setiap pandangan serta teguran akar umbi itu sangat berharga kepada parti dan kepimpinan bahagian,” tambahnya.


Dalam pada itu beliau mengingatkan mereka yang tewas di dalam perebutan jawatan tidak meminggirkan parti atau tamat dalam politik, sebaliknya kembali bersatu bagi menambah kekuatan dan membina semula parti.


“Manakala yang menang hendaklah bersedia mengalas tanggung jawab dan amanah parti dan ahli.


“Kita jangan sia-sia kan harapan ahli dan parti, sebaliknya terus memberikan tumpuan serta perkhidmatan bagi mengatasi apa juga masalah ahli dan rakyat,” tegasnya.


Sementara itu, Ahmad Nazlan memberi jaminan akan terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kepimpinan bahagian itu walaupun hanya bergelar ahli biasa dalam parti itu.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut itu memberitahu, Umno masih relevan dan mampu bangkit semula dengan kekuatan baharu.


Dalam ucapan persidangan perwakilan itu di Dataran Majlis Daerah, ahli parti perlu mengikis sikap adu domba dan memburukkan pemimpin yang akibatnya boleh menjejaskan parti.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Serah kuasa, lindung penyu

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


MELAKA TENGAH – Kerajaan Melaka akan menyusun semula kuasa Jabatan Perikanan bagi membolehkan agensi berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengutip telur penyu yang tidak berlesen.


Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee berkata, ia termasuk cadangan menurunkan kuasa kaedah-kaedah perikanan (penyu dan telur-telur penyu) 1992 kepada agensi berkenaan.


Katanya, beliau yakin masalah berkaitan termasuk jualan telur penyu di pasaran gelap di negeri ini dapat diselesaikan apabila kuasa berkenan diserahkan semula ke Jabatan Perikanan.


Menurutnya, sebelum ini kuat kuasa berkenaan hanya boleh dilakukan di bahagian kerajaan negeri.


“Apa yang kita mahu laksanakan ini kerana kerajaan negeri percaya kewujudan penyu di Pantai Padang Kemunting seharusnya disyukuri dan diberi fokus kerana ia boleh terus diangkat sebagai lokasi pelancongan di negeri ini.


“Kita akan bawa ia di peringkat seterusnya secepat yang mungkin termasuk peringkat undang-undang negeri sebelum diluluskan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Dun Pengkalan Batu di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, di Bachang, semalam.


Dalam pada itu, Norhizam berkata, satu sesi dialog bersama lebih 1,500 nelayan yang berlesen dan tidak berlesen di negeri ini akan diadakan agar segala permasalahan yang berkaitan golongan itu dapat dibincang dan diselesaikan.


“Sesi dialog itu akan diadakan dalam masa terdekat dan saya fikir ia lebih telus untuk kita mendengar permasalahan golongan berkenaan termasuk masalah nelayan di Kampung Portugis.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Johari Tim berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan berkenaan.


Katanya, beliau  berharap jabatan tersebut turut diberikan penurunan kuasa berkaitan memberkas dan memberi hukuman setimpal terhadap aktiviti haram berdasarkan akta dan kaedah yang digubal oleh undang-undang.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]

Kerusi Naib Presiden Umno Khaled, Johari ‘panas’

in Politik by


KUALA LUMPUR – Dua calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani masih bersaing sengit untuk merebut satu lagi tempat bagi jawatan itu pada  Pemilihan Umno bagi penggal 2018-2021.


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dua calon Naib Presiden Umno yang sudah pun mengesahkan kedudukan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Katanya, setakat jam 12 tengah malam ini, pihaknya masih menunggu keputusan daripada 34 bahagian.


“Tempat ketiga ini masih turun naik kedudukannya dan jurang tak jauh. Ada 34 bahagian yang keputusannya belum sah tapi tak jejaskan keputusan dua calon yang menang.


“Ismail Sabri mendapat 146 undi, manakala Mahdzir 99 undi setakat ini,” katanya ketika sidang media mengumumkan keputusan Pemilihan Umno 2018 di Menara Dato’ Onn, malam ini.


Tengku Adnan turut mengumumkan jawatan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Tan Sri Badruldin Amirudin dengan 152 undi.


Bagi jawatan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperoleh 78 undi menewaskan Khairy Jamaluddin (53) dan Tengku Razaleigh Hamzah (28).


Kerusi Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Datuk Seri Mohamad Hasan dengan 110 undi mengalahkan Tan Sri Annuar Musa (47).


Manakala, bagi persaingan Ahli Majlis Tertinggi, beliau berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada Ahad (1 Julai).


“Kita juga akan umumkan keseluruhan keputusan yang disahkan di semua bahagian,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Alvin Chong akui takut ambil watak Melayu

in Hiburan by
Pelakon, Alvin Chong

Alvin Chong akui takut ambil watak Melayu


AKTOR popular menerusi drama rantaian Suri Hati Mr Pilot memberitahu, dia ada menerima tawaran untuk watak sebagai orang Melayu.


Walau bagaimanapun, Alvin Chong, 27, bimbang jika dia melakonkan watak tersebut akan mengundang kecaman penonton kerana pelat bila bercakap dalam bahasa Melayu.


Pelakon Awak Suka Saya Tak ini juga memaklumkan dia lebih senang melakonkan watak mualaf.


“Ada juga tawaran watak Melayu daripada produksi tetapi saya tak berani nak ambil sebab masih pelat bila bercakap bahasa Melayu dan kedua isu agama.


“Kalau saya nak istighfar nanti orang akan kecam, mungkin mereka akan katakan saya tidak menghormati agama itu.


“Jadi, untuk tidak menimbulkan perkara ini menjadi isu dikemudian hari lebih baik saya ambil watak mualaf. Dan kalau pengarah itu sudi tukarkan watak itu jadi mualaf saya ok,” katanya jujur.


Tambahnya lagi, untuk memperbaiki pelatnya itu dia banyakkan bergaul dengan rakan artis Melayu supaya dapat memperbaiki kekurangannya.


Dalam perkembangan karier, Alvin yang juga seorang penyanyi baru-baru ini tampil dengan projek terbaharu lagu duet bersama penyanyi Filipina iaitu Isabela Vinzon menerusi lagi We Got This.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

1 2 3 368
Kembali UTAMA