Monthly archive

August 2018 - page 2

Warisan nafi keluar kad pengenalan

in Edisi Sabah Sarawak by

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah menafikan sama sekali bahawa ia terlibat atau telah mengeluarkan borang bagi pendaftaran kad pengenalan atau permohonan bagi kewarganegaraan.

Dalam satu kenyataan di sini malam ini, setiausaha kerja Parti Warisan, Arifin Asgali berkata, parti itu tidak mempunyai kuasa berhubung perkara-perkara berkaitan pengeluaran kad pengenalan atau kewarganegaraan kerana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendaftaran Negara adalah jelas dan terang mengenai perkara itu.

Beliau memetik Perkara 16 dan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan bahawa kerajaan Persekutuan boleh memberikan taraf kewarganegaraan kepada bukan wargegara jika orang itu dianggap layak.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan kenyataan Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid semalam yang menggesa Warisan menjelasan pendiriannya mengenai perkara tersebut.

Arifin, yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri berkata perlembagaan menyatakan “…, apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika kerajaan Persekutuan berpuas hati…” orang itu memenuhi syarat-syarat tertentu.

Beliau menegaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah pun tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan atau memberi taraf kewarganegaraan.

“Hanya Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kuasa tersebut dan kuasa itu harus dijalankan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Arifin menyelar pihak-pihak tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan pembohongan yang berniat jahat kononnya Warisan menjalankan operasi untuk mendaftarkan pendatang asing tanpa izin sebagai warganegara dan mengeluarkan kad pengenalan.

“Baik Parti Warisan mahupun Kerajaan Negeri Sabah tidak boleh mengeluarkan kad pengenalan dan taraf kewarganegaraan. Ia dengan jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau. -Bernama

Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Bertanggungjawab bagi lindungi gajah terancam

in Edisi Sabah Sarawak by

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru rakyat Sabah untuk bertanggungjawab secara kolektif bagi melindungi gajah pygmy Borneo yang terancam di negeri ini.

Beliau yang bimbang mengenai kematian beberapa ekor gajah pygmy di Sabah juga mengarahkan inisiatif baharu dilaksanakan dalam usaha untuk menghentikan pembunuhan haiwan itu termasuk 25 ekor gajah dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

“Inisiatif ini harus merangkumi usaha melibatkan semua agensi berkaitan untuk bekerjasama dengan penduduk yang tinggal di zon konflik manusia- dengan cara mendidik mereka dalam menangani masalah pencerobohan gajah di kampung, kebun dan ladang.

“Saya telah mengarahkan dua menteri negeri – Timbalan Ketua Menteri  Christina Liew dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong – untuk mengadakan rundingan dengan pemilik ladang supaya mereka dapat melibatkan pekerja mereka untuk membantu usaha memerangi kegiatan pemburuan haram, dan pembunuhan haiwan di kawasan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pemilik ladang dan petani juga perlu berusaha menanggalkan semua jerat yang dipasang oleh pemburu di kawasan mereka,” kata beliau sambil menambah bahawa gajah di Sabah adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya.

“Gajah di Sabah adalah dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang dan menjadi satu kesalahan untuk mencederakan atau membunuh haiwan tersebut,” kata beliau.

Ketua Menteri juga berharap orang ramai berwaspada dan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk melindungi gajah di negeri ini kerana agensi penguatkuasa tidak dapat menjalankan pengawasan sepenuhnya untuk memerangi pelaku jenayah ini yang bertapak dalam masyarakat.

“Jabatan Hidupan Liar Sabah juga diarah untuk memaklumkan nombor hotline mereka kepada penduduk di zon konflik manusia-gajah untuk membolehkan tindakan lebih pantas diambil untuk menangani konflik.

“Saya sedar tentang perlunya koridor hutan menghubungkan kelompok-kelompok hutan di pantai timur Sabah. Saya harap kita dapat mencakupi pemantaunnya melalui bantuan NGO kerana kerajaan negeri sedia untuk membantu,” kata beliau.

Mohd Shafie berkata cuma 1,500 hingga 2,500 ekor sahaja gajah yang hidup bebas di hutan  dan angka ini amat membimbangkan kerana haiwan tersebut boleh pupus dalam masa beberapa dekad.

“Sementara itu, Liew berkata kerajaan Sabah akan menguatkuasakan Seksyen 33 Enakmen Hidupan Liar Sabah yang membolehkan mereka yang membunuh gajah dibawa terus ke pengarah hidupan liar negeri untuk disoal.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyifatkan tindakan itu sebagai pilihan terakhir sambil berkata Seksyen 33 enakmen itu berkuatkuasa serta merta.

Ketika ditemui pemberita di sini, beliau berkata satu unit baharu dikenali sebagai Unit Gajah akan ditubuhkan di Jabatan Hidupan Liar Sabah, yang akan dikendalikan oleh pakar gajah dari luar negara.

Semalam, pengarah Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga mendedahkan bahawa 25 ekor gajah pygmy Borneo ditemui mati tahun ini, sama ada ditembak mati atau terkena perangjkap yang dipasang di kawasan hutan dan ladang di negeri ini.

Dalam insiden terbaharu, seekor gajah betina berusia antara 12 hingga 15 tahun ditemui dengan kesan tembakan di Ladang Bintang Emas Property Sdn Bhd di Tongod, Sabtu lalu. – Bernama

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 13 September

in Edisi Sabah Sarawak by

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir semalam dilanjutkan hingga 13 September depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dengan lanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata perintah berkurung itu meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran serta bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan Esszone.

“Berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik untuk mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Ramli berkata perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di daerah Esszone untuk mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya.- Bernama

Kisah tragis abang bomba tiada tempurung kepala

in Viral by

JOHOR BAHRU – Tiada siapa menduga, kehidupan seorang anggota bomba berubah 360 darjah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Julai 2018.

Abdul Manan Anyut, 30, bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, kehilangan separuh tempurung kepala akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Kisah tragis Abdul Manan dikongsi tunangnya, Fatin Nur Affira Yusof, 27, menerusi entri laman sosial di twitter @atengsepet hingga mendapat perhatian netizen.

Menerusi entri itu, gambar Abdul Manan mencuri perhatian apabila memperlihatkan separuh kepalanya tanpa tempurung hingga menimbulkan rasa simpati.

Kata Fatin, tunangnya itu terpaksa hidup tanpa tempurung selama enam bulan malah lebih kerana perlu menunggu keputusan dari hospital bagi menggantikan tempurung baharu.

Ketika ini, Abdul Manan mendapat cuti sakit selama tiga bulan sebelum memulakan tugas sebagai anggota bomba.

Mengimbau kisah itu, Fatin berkata, dia menelefon Abdul Manan pada malam kejadian namun dijawab oleh seorang wanita dipercayai doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Keadaan dia waktu itu agresif dan pihak hospital terpaksa mengikat kaki dan tangan. Malah paling menyedihkan, dia (Manan) hilang ingatan termasuk tidak kenal saya, rakan balai bomba dan keluarganya,” katanya.

Akibat kemalangan itu, kepala Abdul Manan mengalami pendarahan teruk kerana hentakan kuat dan perlu melakukan pembedahan.

“Doktor memberitahu, tiada pilihan lain terpaksa membuang tempurung bagi mengurangkan tekanan kepada otak.

“Kami mahukan apa yang terbaik, asalkan dia pulih, itu sudah melegakan. Dan akhirnya pembedahan dilakukan dan syukur ia berjalan dengan lancar,” katanya pembedahan mengambil masa enam jam.

Tambah Fatin, hampir seminggu ditempatkan di HSA, Abdul Manan dibenarkan pulang dan menerima rawatan susulan.

“Selepas empat hingga lima hari keluar hospital, saya membawa dia ke balai bomba tempatnya bekerja, ternyata dia masih mengingati tugasnya sebelum ini berbanding ketika di hospital dia memberitahu bekerja sebagai guru.

“Saya sangat gembira melihat perkembangan dia dan bersyukur ALLAH SWT memberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan,” katanya yang bertugas sebagai penyelam komersial.

Dalam pada itu, maklumbalas netizen, memberi sokongan dan mendoakan kesejahteraan mereka malah turut menyatakan lelaki tersebut sangat bertuah kerana memiliki wanita yang setia meskipun berada dalam kesulitan.

Pengkongsian kisah cinta sejati itu telah mendapat 7,268 retweets dan 4,244 tanda suka dari netizen.

Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Orang tengah ‘Leftenan Komander’ pula ditahan

in Edisi Terengganu by

KUALA TERENGGANU – Dua individu termasuk pengusaha bot nelayan tempatan direman selama enam hari, bermula hari ini sehingga 3 September depan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Kedua-dua suspek yang berusia 55 dan 40 tahun itu disyaki menjadi orang tengah kepada seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang ditahan pada Isnin lalu kerana disyaki menerima rasuah daripada tauke bot nelayan asing.

Mereka ditahan selepas hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan pegawai kanan Maritim berkenaan, semalam.

Perintah tahanan reman terhadap pengusaha bot, 55, dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Wan Aziantie Wan Ab Karim @Isa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu manakala reman terhadap seorang lagi individu, 40, dikeluarkan oleh Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy di Mahkamah Majistret Kemaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Leftenan Komander’ Maritim Malaysia direman seminggu]

Semalam, seorang pegawai kanan Maritim berpangkat Leftenan Komander direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Suspek yang bertugas sebagai pegawai pemerintah di sebuah kapal Maritim dipercayai menerima rasuah berjumlah antara RM4,000 hingga RM9,000 daripada tauke-tauke kapal sejak 2016 hingga 2017.

Ia sebagai balasan bagi melepaskan bot nelayan asing yang ditahan Maritim kerana menceroboh perairan negara.

Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Pulangkan duit saya… : Fatiya Latiff

in Hiburan by
Pelakon, Fatiya Latiff.

Pulangkan duit saya… : Fatiya Latiff

PELAKON, Fatiya Latiff tampil dengan lantang menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah stesen TV popular di akaun media sosialnya.

Malah Fatiya mendakwa dia mempunyai bukti kukuh dalam menuntut haknya itu.

“Tolong pulangkan duit saya untuk projek kormersial yang pernah saya buat beberapa tahun lalu. Jangan putar belit cerita.

“Kontrak ada semua jawapan dan baca betul-betul sebelum mendengar daripada pekerja-pekerja anda,” tulisnya.

Pada masa sama di ruang kapsyen pada gambar yang dimuat naik tersebut, Fatiya turut menyifatkan bahawa pekerja-pekerja di stesen tersebut tidak berlaku adil dan mengibaratkan mereka seperti Dajal.

“Sebab tu rating turun sebab pekerja macam ‘dajal’. Cerita-cerita sedap suka hati korang tolak. Lepas tu pelakon baru korang sukalah sebab senang nak buli.

“Korang sedar tak korang kuli batak. Produser hebat penat pitching tapi korang ambil cerita lemau kampung yang tak stimulate dengan otak,” coretnya.

Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Tak masuk akal perkenal cukai soda

in Nasional by

KUALA LUMPUR – Hujah kerajaan mahu mengenakan cukai minuman soda dengan alasan kesihatan tidak masuk akal.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya tindakan kerajaan itu dilihat mahu mencari alternatif bagi menampung kehilangan pendapatan susulan penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Sebab itu, selain cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal dilaksana 1 September ini, cukai terhadap minuman soda pula dicanangkan.

“Asasnya adalah untuk mencari pendapatan untuk menampung kehilangan GST, tapi sedihya ia dicanangkan dengan hujah tidak masuk akal terutamanya atas alasan kesihatan kerana pada masa yang sama kerajaan bakal menurunkan harga gula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang laksana cukai soda: PM]

Tuan Ibrahim turut memberikan beberapa cadangan yang boleh menggantikan cukai minuman soda.

“Pertama, kerajaan Pakatan Harapan boleh menaikkan lagi cukai rokok dan arak.

Kedua, kerajaan juga boleh memansuhkan kategori bebas cukai terhadap arak dan rokok di zon bebas cukai di seluruh negara.

“Ketiga, kerajaan juga boleh menaikkan cukai judi kepada semua kedai nombor empat ekor agar tiket perjudian menjadi mahal dan tidak setimpal dengan hadiah yang diberikan,” katanya.

Katanya, faktor kesihatan dan kesihatan sosial lebih relevan untuk ketiga-tiga contoh tersebut yang bersifat tabiat tidak sihat dan haram di sisi Islam.

Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA