Monthly archive

August 2018 - page 3

Bernas sedia bantu kurang kadar pemotongan padi

in Nasional by


ALOR SETAR – Syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sedia memberi khidmat nasihat dalam usaha membantu mengurangkan kadar pemotongan dan pemutuan padi dalam kalangan petani.


Ketua Divisyen Operasi Beras Tempatan Bernas, Mohamad Solhi Mohd Salleh berkata pemotongan pemutuan padi pada masa ini perlu dilaksana bagi memastikan padi yang diterima daripada pesawah adalah kualiti terbaik.


“Antara rungutan paling banyak kita dengar daripada petani ialah jumlah pemotongan yang tinggi tetapi kualiti padi banyak bergantung kepada proses prapenuaian.


“Kita akan buat penerangan bagi meningkatkan kesedaran petani mengenai peningkatan kualiti tanaman dan hasil padi menerusi amalan pertanian yang baik,” katanya pada sidang media selepas membawa petugas media meninjau Kilang Pemprosesan Padi Bernas di Simpang Kangkong di sini hari ini.


Petugas media dibawa melawat kilang itu yang mempunyai kapasiti mengilang lima metrik tan padi setiap jam dan mampu menempatkan 6,000 metrik tan padi di gudangnya.


Mohamad Solhi berkata purata pemotongan pemutuan padi ketika ini adalah sekitar 25 peratus dan dianggap tinggi oleh petani, namun ia ditentukan oleh kelembapan, kekotoran, kematangan dan juga kerosakan padi.


“Tugas kita tidak berhenti setakat pemotongan, kalau ada masalah kita akan turun ke sawah untuk menyiasat dan buat laporan ringkas untuk diberi kepada kementerian. Jadi dari situ kementerian akan tahu masalah yang berlaku.


“Walaupun itu bukan tanggungjawab utama Bernas tapi kita ambil peranan tersebut untuk bantu petani bagi memastikan hasil padi yang dikeluarkan mereka berkualiti,” katanya.


Katanya sejumlah 1.67 metrik tan padi dihasilkan di seluruh negara, melibatkan kawasan penanaman seluas 205 ribu hektar. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Maya Karin muntah darah di studio Meletop

in Hiburan by
Maya Karin di studio Meletop

Maya Karin muntah darah di studio Meletop


PROGRAM MeleTOP yang bersiaran langsung pada malam Selasa gempar seketika apabila Maya Karin tiba-tiba muntah darah dan meluru keluar dari set.


Maya hadir ke program MeleTOP bersama-sama Nasil Bilal Khan dan Syamsul Yusof untuk mempromosikan filem Munafik 2.


Keadaan tersebut mencetuskan panik dan membuatkan semua penonton di studio mahupun di rumah tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku ke atas Maya.


Apatah lagi Nabil selaku pengacara juga dilihat terpinga-pinga dengan situasi tidak terjangka itu.


Namun keadaan kembali reda apabila Maya kembali ke set dan memberitahu ia sekadar gimik untuk watak lakonannya, Sakinah dalam filem Munafik.


Gimik tersebut benar-benar menjadi, malah difahamkan baik Syamsul, Nasir mahupun Nabil dan Neelofa tidak mengetahui tentang perkara tersebut. Ditambah pula, keadaan Maya memang sudah batuk semenjak awal masuk ke set membuatkan ‘lakonannya’ itu cukup meyakinkan.


Bagaimanapun di sebalik gimik tersebut, ramai netizen yang mempersoalkan reaksi Neelofa yang dikatakan seolah-olah tidak mengambil berat keadaan Maya. Malah di saat mereka yang lain begitu panik dengan apa yang berlaku itu, Neelofa tidak berganjak dari tempat duduknya.


Bagaimanapun tidak kurang juga yang mempertahankan Neelofa dan menganggap mungkin pengacara tersebut sudah mengetahui tentang gimik tersebut.


Munafik 2 bakal menemui penonton mulai esok, 30 Ogos di seluruh pawagam tanah air.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Cadangan caj konsultasi klinik swasta keterlaluan: Pas

in Nasional by


SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas mendakwa cadangan menetapkan harga siling bagi kadar caj perundingan kesihatan di hospital dan klinik swasta di seluruh negara sehingga RM125 adalah keterlaluan.


Timbalan ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata, sekiranya Kementerian Kesihatan melaksanakan cadangan tersebut, maka kadar caj yang akan dikenakan kepada rakyat di negara ini adalah antara yang tertinggi di Asia.


“Cadangan yang dijangka bermula pada tahun 2019 ini sangat keterlaluan. Mengapa perlu naik sehingga 300 peratus, sedangkan sebelum ini caj yang dikenakan berpatutan iaitu sekitar RM30 sahaja.


“Walaupun hospital swasta tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 2018 (hanya wad dan makanan sahaja), tetapi cadangan ini akan meningkatkan kos perubatan terhadap rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Semalam, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar membuat kenyataan bahawa kertas cadangan semakan caj yuran konsultasi yang akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan kenaikan kepada antara RM35 dan RM125 daripada RM10 dan RM35.


Kenaikan itu dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, semalam.


Menurut Khairil Nizam, Kementerian Kesihatan sepatutnya memikirkan kebajikan rakyat dengan membendung kos rawatan yang terlalu tinggi di semua klinik dan hospital swasta termasuk harga ubat-ubatan.


“Menurut Bank Negara Malaysia, kadar inflasi kos perubatan di negara ini berada pada paras 12 peratus.


”Berdasarkan kajian dilakukan oleh Marsh Insurance Broker, Malaysia mengalami kadar inflasi perubatan ketiga tertinggi dalam kalangan 11 negara Asia selepas India (14 peratus) dan Indonesia (13.1 peratus),” katanya.


 Jelasnya lagi, tambahan cadangan ini seiring langkah Kementerian Kesihatan memperkenalkan skim insurans kesihatan sosial bagi isi rumah berpendapatan rendah (B40) tahun hadapan.


“Walaupun ia masih di peringkat perancangan, namun ia seolah-olah menggambarkan kerajaan secara beransur semakin mengurangkan subsidi di sektor kesihatan.


 “Hal ini bermakna, tekanan kos sara hidup rakyat khususnya B40 dan M40 semakin tinggi sekarang. PH bukan kerajaan kebajikan rakyat secara umum, sebaliknya pro kumpulan bisnes,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Selepas bercerai, Jeslina kini bahagia bersama teman baharu

in Hiburan by
Penyanyi, Jeslina Hashim.

Selepas bercerai, Jeslina kini bahagia bersama teman baharu


LAMA tidak mendengar khabar penyanyi yang pernah satu ketika popular menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia ini.


Berpeluang bertemu dengannya pada malam gala filem Munafik Isnin lalu, ditanya mengenai kehidupannya sekarang, Jeslina Hashim, 40, berkata dia kini bahagia di samping anak-anaknya dan teman baharu yang dikenali, Tunku Eddy Nasruan Adil Mudzaffar.


Jelas ibu kepada dua cahaya mata itu, hubungannya bersama pengarah platform beli-belah dalam talian, Pasar, itu bermula sejak tiga tahun lalu.


Pun begitu mereka belum merancang untuk ke fasa selanjutnya.


“Kami berkenalan lebih kurang tiga tahun. Untuk perancangan ke fasa selanjutnya, belum ada lagi. Kebanyakannya plan untuk holiday sahaja.


“We take very small step, very slow and no rush.


“Anak-anak saya pun sayang sangat dengan dia. Perangai pun dah macam anak saya.


“Apa pun, saya sangat gembira dengan kehidupan sekarang,” tuturnya.


Dalam perkembangan terkini, Jeslina banyak memberikan tumpuan kepada bisnes dan keluarganya.


“Sekarang saya banyak luangkan masa dengan bisnes, travel dan anak-anak.


“Biasanya anak-anak akan bersama dengan saya seminggu kemudian bersama bekas suami saya seminggu,” ujarnya.


Jeslina atau nama sebenarnya Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim telah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada tahun 2005 namun bercerai pada 2013.


Menerusi perkahwinan itu, Jeslina dikurniakan dua cahaya mata, Micah, 11, dan Keira, 9

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Upsi terima anugerah pentadbir terbaik universiti awam

in Nasional by


IPOH – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Prestasi) Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi)  dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Pentadbir Terbaik pada majlis Malam Anugerah Gemilang Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MAGMA) 2018 yang diadakan di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


Upsi dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis tersebut diadakan bersempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam.


Timbalan Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik Upsi, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain turut dinamakan sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Perdana Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam pada majlis berkenaan.


Anugerah disampaikan Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam 2018, Azida Azmi yang juga merupakan Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


Naib Canselor Upsi, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata kejayaan tersebut membuktikan bahawa warga Upsi komited dalam merealisasikan aspirasi Upsi sebagai universiti pendidikan nombor satu di negara ini.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Kenapa buat laporan polis terhadap Najib saja?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bersih 2.0 didesak turut membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap pemimpin PH yang melakukan kesalahan dalam PRK Sungai Kandis.


Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, adalah tidak adil sekiranya Bersih 2.0 hanya membuat laporan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.


Katanya, Bersih 2.0 telah menuduh Najib melakukan kesalahan dibawah akta SPR kerana membuat satu posting di dalam laman Facebookya pada pukul 7 pagi hari membuang undi dan mendakwanya satu kesalahan.


“Yang saya pelik ialah mengapa Bersih 2.0 hanya membuat laporan terhadap Najib yang bukan calon PRK? Tetapi langsung tidak membuat sebarang laporan terhadap calon dan pemimpin-pemipin PH lain yang Bersih 2.0 sendiri dakwa telah melanggar undang-undang?


“Untuk membuktikan bahawa Bersih 2.0 ialah NGO yang tidak berat sebelah dan bukan alat badan politik, mereka harus membuat laporan polis terhadap PH yang melanggar undang-undang SPR dengan lebih serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: SPR perlu ambil berat teguran bersih]


Lokman yang juga calon BN di PRK Sungai Kandis berkata, pegawai program Bersih 2.0, Lee Chun Lun minggu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa calon PH, Zawawi Mughni telah banyak melakukan kesalahan di bawah akta SPR yang sama.


“Antara kesalahan PH yang disenaraikan Bersih 2.0 termasuk pemberian penukaran minyak hitam motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma dan ubatan percuma serta menyalah guna aset kerajaan dan berkempen dalam acara sekolah serta kerajaan.


“Bersih 2.0 juga menuduh bahawa beberapa menteri PH didapati menggunakan kereta rasmi mereka untuk pergi ke pusat penamaan calon pada hari pengundian. Bersih 2.0 menuduh bahawa ini juga telah melanggar peraturan pilihan raya,” katanya.


Lokman turut memberi masa tiga hari kepada Bersih 2.0 untuk membuat laporan terhadap pemimpin PH bagi ‘membersihkan’ nama dan integriti mereka.


“Jika Bersih 2.0 masih tidak bersih, Pemantau Malaysia Baru akan menolong mereka membuat laporan-laporan terhadap PH,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

'Sangka tsunami berlaku lagi'

in Uncategorized by


KUALA KURAU – Lebih 30 rumah penduduk sekitar Dun Kuala Kurau termasuk sebuah pelantar ikan terjejas teruk setelah dilanda ribut kencang dalam kejadian awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 3.30 hingga 4 pagi itu, sebahagian besar rumah melibatkan Kampung Nelayan Kuala Kurau, Kampung Batu 14, Simpang Tiga Kuala Kurau, Kampung Parit Tok Hin dan Jalan Pantai, di sini mengalami kerosakan bumbung dan dinding rumah akibat kejadian itu.


Lebih mengejutkan, sebuah pelantar ikan milik penduduk di Kampung Nelayan, di sini turut runtuh setelah dibadai ribut kencang dan ombak kuat.


Seorang penduduk, Zurizam Mat Yatim,41, berkata, dia yang tinggal bersebelahan pelantar ikan itu tergamam melihat pelantar ikan itu runtuh sepenuhnya angkara dipukul ombak kuat dan ribut.


“Bila lihat ombak dan angin kuat meruntuhkan pelantar itu, saya sangkakan tsunami akan berlaku lagi.


“Ketika kejadian, saya berada dalam rumah dan menyaksikan kejadian itu dari tingkap hanya tergamam sambil mengucap panjang.

Abdul Yunus (dua, kiri) meninjau keadaan sebuah pelantar ikan di Kampung Nelayan, Kuala Kurau yang runtuh


“Selang sepuluh minit selepas ribut mula berhenti, saya terkejut mendapati sangkar ikan milik ahli keluarga yang terletak berhampiran rumah, musnah dan menyebabkan lebih 150 ekor ikan siakap diternak terlepas,” katanya ditemui media di lokasi kejadian di sini hari ini.


Zurizam berkata, dia bersyukur rumahnya tiada kerosakan serius, namun ahli mengalami kerugian kerana ikan diternak itu sepatutnya dipasarkan kepada pelanggan pada hujung bulan September.


“Bukan itu sahaja bot milik ahli keluarga juga turut terbalik dan menyebabkan bot serta peralatan seperti pukat dan enjin mengalami kerosakan.


“Selain itu terdapat beberapa buah bot nelayan disini turut diangkat ombak keatas daratan,” katanya.


Seorang lagi mangsa ribut, Liza Nordin ,30, berkata, ibunya, Che Tom Saari ,70, yang tinggal sendirian di kampung itu, berlari keluar rumah apabila ribut menerbangkan hampir keseluruhan bumbung utama rumahnya.


“Ibu hanya tergamam dan hanya berdoa kepada Allah memohon perlindungan.


“Disebabkan keadaan rumah tidak berbumbung, saya mungkin membawa ibu tinggal dengan kami di Bagan Serai sementara menanti bantuan dari pihak berkaitan,” katanya.


Sementara itu, kejadian ribut tersebut mendapat simpati Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari yang turun padang menziarahi dan menyampaikan sumbangan awal kepada mangsa-mangsa ribut.


Menurutnya, sehingga kini, pihaknya menerima lebih 30 aduan mengenai kejadian ribut melibatkan lima kampung.


“Beberapa rumah terlibat mengalami kerosakan serius dan memerlukan pembaikan dengan kadar segera berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.


” Anggaran kerosakan mangsa ribut masih dalam siasatan dan dianggarkan mereka mengalami kerugian antara RM 5,000 hingga RM 10,000,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Perodua akan bayar balik 3,100 pelanggan Myvi

in Bisnes by


PENGELUAR kereta nasional, Perodua, akan membayar balik 3,100 pelanggan Myvi yang terlepas peluang mendaftar kereta mereka sebelum 1 September  disebabkan penangguhan sementara pengeluaran ekoran gangguan bekalan vendor.


Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata kakitangan syarikat itu akan menghubungi para pelanggan yang telah menempah kereta Myvi yang sepatutnya didaftarkan sebelum 1 September untuk memanfaatkan harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


“Kami ingin menawarkan pelanggan bernilai kami rebat tunai selepas pendaftaran kenderaan mereka, sebagai pampasan terhadap kesulitan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zahari berkata syarikat itu juga akan memaklumkan kepada pelanggan perkembangan terkini serahan Myvi kepada mereka.


GST berkadar sifar bermula 1 Jun yang membawa kepada pengecualian cukai selama tiga bulan telah meningkatkan permintaan terhadap kenderaan, dengan pembeli berebut-rebut untuk mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 1 September apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.


Pada 20 Ogos, Perodua mengumumkan pengeluaran Myvi tertangguh disebabkan gangguan bekalan vendor.- Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Bayar balik pelanggan Myvi terlepas pengecualian cukai

in Bisnes by


PENGELUAR kereta nasional, Perodua, akan membayar balik 3,100 pelanggan Myvi yang terlepas peluang mendaftar kereta mereka sebelum 1 September  disebabkan penangguhan sementara pengeluaran ekoran gangguan bekalan vendor.


Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata kakitangan syarikat itu akan menghubungi para pelanggan yang telah menempah kereta Myvi yang sepatutnya didaftarkan sebelum 1 September untuk memanfaatkan harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


“Kami ingin menawarkan pelanggan bernilai kami rebat tunai selepas pendaftaran kenderaan mereka, sebagai pampasan terhadap kesulitan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zahari berkata syarikat itu juga akan memaklumkan kepada pelanggan perkembangan terkini serahan Myvi kepada mereka.


GST berkadar sifar bermula 1 Jun yang membawa kepada pengecualian cukai selama tiga bulan telah meningkatkan permintaan terhadap kenderaan, dengan pembeli berebut-rebut untuk mendaftarkan kenderaan mereka sebelum 1 September apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula.


Pada 20 Ogos, Perodua mengumumkan pengeluaran Myvi tertangguh disebabkan gangguan bekalan vendor.- Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

SST: Boon Siew Honda jangka sedikit terjejas

in Bisnes by


BOON Siew Honda Sdn Bhd, pengedar motosikal Honda di Malaysia menjangka menerima sedikit kesan daripada pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Keiichi Yasuda berkata, 99 peratus daripada jualan motosikal syarikat di bawah 250 cc dikecualikan daripada SST.


“Beberapa bahan yang digunakan dalam pengeluaran model terbabit (motosikal di bawah 250 cc) akan terjejas oleh SST, tetapi ia sangat kecil,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan model Honda terbaru di sini, hari ini.


Menurutnya, motosikal di atas 250 cc akan terjejas oleh SST dan akan ada kenaikan harga.


Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat itu masih mengkaji peratusan kenaikan tersebut.


“Motosikal besar diimport dari Jepun dan Thailand dan akan menerima kesan daripada SST, jadi kami harus mempertimbangkan harga,” katanya.


Boon Siew Honda menguasai kira-kira 30 peratus jualan motosikal di negara ini. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA