Monthly archive

October 2018

ICERD rugikan Melayu

in Nasional by


SHAH ALAM – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata,  pemeterian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), hanya akan merugikan Melayu jika ditandatangani.


Katanya, jika ia dimeterai mungkin akan memberi kesan kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan kita, khususnya Perkara 153.


“Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, katanya, jika ia dimeterai kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum.


“Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar  yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan,” tegasnya.


Jelasnya, konvensyen ini antara lain menghendaki negara pihak menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik; hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara; hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula; hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain; hak untuk mewarisi harta; hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain.


“Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Kita tidak ada masalah dengannya,” katanya.


Sementara itu katanya, di peringkat dalam negera, kita kena melaksanakannya, termasuk mengubah dasar kita, misalnya Universiti Teknologi Mara (UiTM)  mestilah dibuka kepada semua.


“Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak disahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak itu, dihapuskan.


“Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan,” katanya.


Jelasnya, apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu, akan terpaksa dimansuhkan.


Dalam pada itu katanya, beliau tiada masalah  jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita.


Konvensyen ICERD telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan (ratified) mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969.


Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Keputusan penganjuran sukan patuh syariah

in Edisi by


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan mengambil langkah bersesuaian mengenai penganjuran sukan patuh syariah selepas mengambil alih pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Kelantan tahun depan.


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab soalan Azhar Salleh (Pas-Pulai Chondong) berkata, pasti Kelantan tidak mahu ketinggalan menjadi penganjur sukan peringkat nasional itu sementelah hanya negeri ini tidak pernah menganjurkannya.


Namun katanya, semua itu akan dibincangkan selepas kerajaan negeri mengambil alih pengurusan MSN Kelantan tahun depan.


Jawapan sama juga diberikan bagi menjawab soalan Syahbuddin Hashim (BN-Galas).


         


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]

Lima individu ditangkap

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM –  Lima suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas ditahan  polis dalam operasi khas di Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Sabah antara 13 hingga 26 Oktober lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua daripadanya adalah warganegara manakala tiga lagi suspek adalah warga asing dari Mesir, Pakistan dan sebuah negara di Timur Tengah.


Menurutnya, kelima-lima suspek ditahan oleh Unit Cawangan Khas Bahagian Anti Pengganas PDRM di lima lokasi berasingan.


“Suspek pertama warga Mesir berusia 50 tahun, bekas anggota kumpulan Al-Qaeda dan bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, ditangkap pada 13 Oktober di Selangor.


“Suspek kedua pula ditangkap pada 20 Oktober di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berusia 31 tahun dari Timur Tengah dan terlibat dalam kes ugutan bunuh seorang diplomat asing di Kuala Lumpur.


“Pada 25 Oktober kita menangkap suspek ketiga di Sitiawan, warga Pakistan juga berusia 31 tahun dan pernah terlibat dan menjalani latihan ketenteraan bersama kumpulan pengganas Lashkar-E- Taiba,” katanya menerusi kenyataan media,semalam.


Selain itu, menurutnya suspek keempat yang juga warganegara adalah seorang wanita berusia 32 tahun yang ditangkap di Gombak pada 25 Oktober dan terlibat dalam menyalurkan dana kepada Muhammad Wanndy Mohd Jedi, rakyat Malaysia yang menyertai militan Daesh antara sekitar 2014 hingga 2017.


“Pada 26 Oktober kita berjaya menangkap suspek kelima iaitu lelaki berusia 40 tahun di Kota Kinabalu yang bekerja sebagai pengurus perkhidmatan syarikat telekomunikasi.


“Suspek kelima turut terlibat dalam menyalurkan dana kepada Wanndy serta seorang lagi rakannya Mohd Fudhail Omar yang turut menyertai militan Daesh di Syria serta Abu Sayyaf di selatan Filipina,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

Jangan ambil mudah kompaun

in Edisi Utara by


BUKIT MERTAJAM – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal membayar kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan itu atas pelbagai kesalahan.


Yang Dipertuanya, Datuk Sr Rozali Mohamud berkata, pihaknya memandang serius perbuatan melanggar undang-undang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan mahu memastikan masyarakat di Seberang Perai tidak mengambil sikap sambil lewa atas kesalahan yang mereka lakukan.


Menurutnya, selama ini ramai yang beranggapan institusi penguatkuasaan MPSP tidak serius dalam mengambil tindakan selain ada yang beranggapan mereka kebal dan tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka atas kesalahan yang dilakukan.


“Setiap kesalahan akan diambil tindakan dan tiada seorang pun yang terlepas.


“MPSP telah memberi tempoh dan peluang yang sewajarnya kepada pesalah-pesalah ini tetapi setiap peluang yang diberi diambil mudah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Rozali berkata, setakat ini lebih 2,000 kes kompaun letak kereta tidak berbayar telah dimajukan ke jabatan undang-undang untuk dihadapkan ke mahkamah.


Tambahnya, bagi kesalahan lain, MPSP akan menyampaikan notis pemberitahuan kesalahan kompaun secara ‘by hand’ kepada pesalah dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.


“MPSP juga akan memproses kes-kes apabila tamat tempoh notis peringatan untuk tindakan pendakwaan di mahkamah.


“Tindakan lebih tegas akan menyusul dan diharapkan ia akan beri kesedaran kepada pesalah tegar agar tidak ambil mudah atas tindakan kompaun yang dikeluarkan MPSP,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Rozali berkata, pihaknya kesal walaupun promosi pengurangan kompaun telah dibuat namun tidak mendapat sambutan warga Seberang Perai.


Katanya, sejak promosi berkenaan tamat pada 27 Ogos lalu, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap lapan buah kenderaan pesalah tegar dengan menunda kenderaan mereka dan mereka dikehendaki  membayar caj tundaan sebanyak RM100 selain menjelaskan semua kompaun tertunggak sebelum dibenarkan mengambil kenderaan mereka.


Beliau berkata, bagi setiap kesalahan letak kereta, pesalah boleh didenda sehingga RM300 dan MPSP akan menetapkan KPI 300 kes seminggu untuk membawa pesalah ke mahkamah.


“Tindakan kunci tayar di dalam petak juga kan dijalankan bagi pesalah-pesalah tegar dan tuntutan kenderaan hendaklah dilakukan di MPSP dengan syarat kompaun tertunggak diselesaikan terlebih dahulu dan caj RM50 dikenakan untuk membuka kunci tayar,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

India kini miliki patung tertinggi di dunia

in Global by


INDIA, semalam merasmikan patung tertinggi di dunia yang mana projek pembinaannya menelan kos 29.9 bilion rupees (RM1.8 bilion).


Struktur ‘gergasi’ setinggi 182 meter itu dibina berhampiran empangan Narmada di Gujarat sebagai penghormatan kepada pemimpin kemerdekaan Sardar Vallabhbhai Patel.


Menurut Perdana Menteri, Narendra Modi, ia akan menjadi ‘patung perpaduan’ yang bakal menjadi tarikan utama pelancong, namun penduduk tempatan berpendapat ia sebagai satu pembaziran dan dana disalurkan kerajaan persekutuan dan beberapa institusi di negara tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara lebih penting.


Majlis perasmiannya turut dikawal ketat oleh polis selepas .


1. Modi menyifatkan patung itu sebagai simbol ‘integriti dan penyelesaian India’.


2. Patung setinggi 182 meter itu adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada Statue of Liberty di New York.

Patung setinggi 182 meter itu adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada Statue of Liberty di New York.


3. Beberapa helikopter menaburkan bunga pada monumen itu yang menggunakan 210,000 meter kubik simen, 25,000 tan besi dan 1,700 tan gangsa.

Beberapa helikopter menaburkan bunga pada monumen itu yang menggunakan 210,000 meter kubik simen, 25,000 tan besi dan 1,700 tan gangsa.


4. Belon berwarna warni dilepaskan sekitar patung itu yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan penduduk tempatan.

Belon berwarna warni dilepaskan sekitar patung itu yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan penduduk tempatan.


5. Struktur itu turut dilengkapi muzium yang mengandungi 40,000 dokumen, 2,000 gambar dan pusat penyelidikan yang didedikasikan untuk sumbangan dan kehidupan Patel.

Struktur itu turut dilengkapi muzium yang mengandungi 40,000 dokumen, 2,000 gambar dan pusat penyelidikan yang didedikasikan untuk sumbangan dan kehidupan Patel.


6. Patel memainkan peranan penting dalam menyatukan India selepas negara itu memperoleh kemerdekaan pada 1947.

Patel memainkan peranan penting dalam menyatukan India selepas negara itu memperoleh kemerdekaan pada 1947.


SUMBER: The Guardian


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Sekolah 'diserang' monyet liar

in Edisi by


KUALA PILAH – Peralatan sekolah, kebun sayur dan buah-buahan termasuk hasil kerja murid Sekolah Kebangsaan (sk) Rembang Panas, Juasseh di sini, habis dimusnahkan oleh monyet liar.


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Jumang Adha Zahari berkata, keadaan itu berlarutan dua tahun lalu namun semakin membimbangkan sejak dua bulan lalu.


Menurutnya, monyet ini datang dari hutan berhampiran, yang mana kebiasaannya ‘menyerang’ selepas waktu persekolahan termasuk Sabtu dan Ahad.


“Apa yang mengecewakan peralatan sekolah seperti kamera litar tertutup (CCTV), papan tanda, kabel telefon dan bahan pembelajaran habis rosak.


“Lebih teruk , kami dihadiahkan pula najisnya (monyet) yang bersepah-sepah di dalam ruang dewan terbuka juga persekitaran sekolah. Bayangkanlah kami terpaksa berdepan keadaan ini setiap hari khususnya untuk membersihkan najis,” katanya.


Jumang Adha berkata,  sejak monyet liar terbabit mengganas, murid tidak pernah dapat merasai hasil tanaman kebun mini mereka kerana semuanya habis musnah.


“Jadi sebagai penyelesaian kita laporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melalui emel pada 15 Oktober lalu dan keesokan harinya, Perhilitan telah memasang sebuah sangkar di kawasan sekolah berhampiran hutan.


“Manakala pada Ahad lalu, 22 monyet liar telah masuk perangkap dan semalam 30 ekor lagi telah berjaya ditangkap. Syukur kaedah ini berjaya dan Perhilitan bersetuju memasang sangkar ini sehingga masalah selesai.


“Kesemua monyet liar yang ditangkap diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Laksa kebok kembali beroperasi

in Edisi Utara by


BALING – Laksa kebok dari Kampung Sri Landak mula beroperasi secara rasmi semalam.


Pengusaha, Daud Ismail, 52, berkata, perniagaan bermula seawal jam 11 pagi sehingga waktu petang.


Menurutnya, sambutan pelanggan pada hari pertama tidak seperti kebiasaannya.


“Ada pelanggan yang datang membeli laksa, tetapi jumlahnya tidak seperti selalu. Kebanyakan pelanggan ialah luar daripada daerah ini.


“Masih ramai belum tahu kita beroperasi, promosi pun tak dibuat untuk maklum kita akan buka hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di gerainya semalam.


Menurutnya, pada hari pertama pembukaan gerainya itu, laksa disediakan ialah sebanyak 28 kilogram.


“Daripada 11 pagi sampai jam 5 petang sebanyak lapan kilogram habis dijual.


“Apapun saya dan keluarga bersyukur. Walaupun tak banyak ada juga rezeki ALLAH bagi,” katanya.


Daud berkata, dia yakin perniagaannya akan menerima sambutan seperti biasa walaupun mengambil masa mungkin agak lama.


“Orang masih terasa dengan kesan tular laksa beracun, tetapi insya-ALLAH pelanggan akan kembali seperti biasa,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Adam tak sabar bukti kehebatan

in Sukan by


PELUMBA Moto3 negara, Adam Norrodin mengakui lebih tenang mengharungi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini.


Adam, yang akan beraksi dalam Kejuaraan Remaja di Sepanyol (CEV) dalam kelas Moto2 musim depan, berkata walaupun harapan yang tinggi diletakkan padanya pada setiap musim tetapi musim ini berbeza kerana beliau sudah belajar daripada pengalaman sepanjang perlumbaan MotoGP musim lepas.


“Saya lebih tenang untuk menghadapi perlumbaan di tanah air sendiri hujung minggu ini dan telah bersedia sepenuhnya.


“Sejujurnya selepas pihak pengurusan mengumumkan yang saya tidak akan bersaing lagi dalam kelas Moto3, dan beralih kepada saingan CEV kelas Moto2, saya berasa lega kerana sudah mengetahui nasib saya musim depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri  sesi ‘Teh Tarik’ bersama peminat di sini, hari ini.


Sementara itu, Adam juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminat sukan permotoran yang hadir pada sesi bertemu peminat itu serta menyokong kesemua tiga pelumba negara


“Saya juga amat menghargai sokongan peminat permotoran tempatan yang memberi suntikan semangat kepada semua pelumba negara yang lain seperti Hafizh Syahrin dan Khairul Idham Pawi,” katanya.


Adam kini menduduki tempat ke-20 daripada 45 pelumba dengan mengumpul 46 mata setelah mengharungi 16 pusingan.


Sepanjang musim 2018, Pelumba Petronas Sprinta Racing mencipta rekod terbaik sewaktu di  GP Argentina apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam saingan Moto3. – Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Harimau Malaya tak perlu jelmaan Ronaldo, Messi

in Sukan by


MALAYSIA tidak perlu penjelmaan pemain bola sepak terkemuka dunia seperti Ronaldo atau Lionel Messi untuk muncul sebagai antara gergasi bola sepak, kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino.


Beliau yang berada di Kuala Lumpur buat kali pertama sebagai Presiden Fifa berkata, unsur penting yang diperlukan dalam menyaingi negara yang memiliki pasukan bola sepak yang hebat, adalah disiplin dan pelan tindakan atau halatuju yang menyeluruh.


“Tidak ada formula silap mata, tidak ada rahsia… untuk melihat Malaysia akan menjadi juara dunia pada masa depan. Satu-satunya jalan adalah dengan bekerja keras,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan F30 yang merupakan pelan halatuju Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.


“Sudah pasti di negara seperti Malaysia, dengan usaha gigih, kejayaan pasti datang. Tidak perlu menunggu kelahiran Ronaldo atau Messi di sini untuk membolehkan Malaysia menikmati kejayaan. Ia boleh dicapai menerusi usaha keras, disiplin dan pelan tindakan yang lengkap,” katanya kepada permberita selepas majlis perasmian F:30 FAM, di sini.


FAM hari ini melancarkan pelan halatuju baharunya F:30 yang disasar untuk meletakkan Harimau Malaya dalam kelompok lima pasukan gergasi bola sepak terbaik di Asia menjelang 2030


Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa yang turut hadir ke majlis pelancaran itu berkata, beliau menganggap F:30 sebagai kerangka kerja asas yang dapat membina ekosistem yang dapat memupuk pertumbuhan bolasepak Malaysia.


“Bagi pihak AFC, saya berharap Malaysia akan memperoleh hasil yang diharapkan menerusi initiatif hebat ini,” katanya. – Bernama


 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Pulau Pinang tak jadi tarik diri pula…

in Sukan by


PULAU Pinang membuat pusingan kembali menyertai Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 selepas pada awalnya menyatakan hasrat untuk menarik diri akibat kekangan kewangan.


Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr Amar Pritpal Abdullah, pasukan wanita bola sepak Pulau Pinang mendapat tajaan pada saat-saat akhir dari seseorang individu.


“Kami buat keputusan untuk kembali menyertai Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 pada jam enam petang tadi selepas ada individu bersedia untuk menaja pasukan ini. Perkara ini satu petanda yang positif untuk bola sepak negeri kerana masih ada pihak  sudi membantu dan bersama FAP.


“Sebenarnya ramai tunggu mahu bagi sumbangan dan tajaan kepada FAP namun kami perlu memeriksa terlebih dahulu latar belakang semua mereka yang berminat ini,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.


Akhbar ini petang tadi melaporkan persatuan tersebut memutuskan untuk menarik diri kerana pada waktu sama sedang berusaha menyelesaikan tunggakan hutang kepada pemain yang beraksi bersama Pulau Pinang musim ini.


[ARTIKEL BERKAITAN:  FAP tarik diri Piala Tun Sharifah Rodziah]

 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

1 2 3 469
Kembali UTAMA