Monthly archive

November 2018

Kereta api Korea lintasi Pyongyang buat pertama kali

in Global by


SEOUL – KOREA SELATAN. Sebuah kereta api Korea Selatan melintasi Pyongyang, buat pertama kali semalam ketika pelancaran projek bersama untuk menghubungkan semula landasan antara dua negara.


Rakaman detik bersejarah itu menunjukkan kereta api merah, putih dan biru dengan kain rentang tertera ‘Iron Horse kini menuju era keamanan dan kemakmuran’ ketika ia berlepas dari stesen Dorasan di Seoul.


“Isyarat permulaan hubungan kemakmuran bersama ini adalah dengan menghubungkan semula laluan kereta api,” kata Menteri Pengangkutan Korea Selatan, Kim Hyun-mee.


Menurutnya, projek itu akan memudahkan pengembangan ‘wilayah ekonomi’ Seoul ke Eurasia melalui jalan darat kerana pembahagian Semenanjung Korea telah menyebabkan geopolitik negara itu terputus dari benua selama beberapa dekad.


Sementara itu, media tempatan melaporkan enam gerabak kereta api itu membawa 28 rakyat Korea Selatan termasuk jurutera dan pekerja lain termasuk 55 tan bahan bakar serta penjana elektrik.


Difahamkan, pekerja terbabit bersama rakan sekerja mereka di Pyongyang akan berada di dalam kereta api itu untuk memeriksa landasan terbabit selama 18 hari.       


Salah satu laluan itu menghubungkan bandar Kaesong ke bandar Sinuiji berhampiran sempadan China manakala laluan lain menghubungkan Gunung Kumgang ke Sungai Tumen yang bersempadan Rusia di bahagian timur.


Kementerian Pengangkutan Korea Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan mereka akan melalui perjalanan sejauh 2,600 kilometer untuk menjayakan projek itu. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]

'Jangan hanya lihat IWK sebagai pembetungan'

in Nasional by


SHAH ALAM – Usaha menyedarkan masyarakat untuk menjaga kelestarian serta kemapanan alam sekitar melalui satu sistem penyelenggara pembetungan yang lebih baik sewajarnya dipertingkatkan.


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Datuk Teo Yen Hua berkata, langkah berkenaan adalah penting bagi memastikan generasi akan datang masih dapat menikmati pembangunan serta alam sekitar yang mampan.


Bagaimanapun menurutnya, usaha meningkatkan kesedaran berkenaan agak sukar dilaksanakan sekiranya masyarakat masih menganggap Indah Water Konsortium sebagai sebuah agensi pembetungan sahaja.


“Nak sedarkan masyarakat dengan memberikan pemahaman yang mendalam mengenai penjagaan alam sekitar ini susah. Rakyat tak nampak. Kita ada 1.3 juta sistem individual septik tank yang perlu kita uruskan kerana tak mesra alam.


“Jangan hanya anggap isu ini (IWK) sebagai utiliti yang jaga pembetungan sahaja, sedangkan apa yang lebih penting ialah kesedaran dalam menjaga alam sekitar,” katanya sempena Wacana Sinar ke 77 bertajuk IWK: Bukan Sekadar Kumbahan di Dewan Karangkraf, di sini, semalam.


Sementara itu, Yen Hua berkata, dari segi kegunaan air yang dirawat IWK ianya memang berpotensi untuk digunakan dalam aktiviti bukan minuman.


Menurutnya, difahamkan IWK juga kini dalam usaha untuk membuat projek printing dengan kilang bagi membolehkan air dirawat IWK digunakan lebih baik.


“… penting sekali kita perlu kenal pasti lokasi-lokasi berhampiran kilang-kilang. Kalau kita terpaksa menyalurkan air itu jauh, kos tinggi dan satu lagi paip yang digunakan hendaklah paip yang berasingan.


“Jangan campur aduk dengan paip yang kita guna untuk minuman, itu akan datangkan banyak bantahan,” katanya.


Menurutnya, kesemua itu bergantung kepada kos dan harganya.


“Kalau kita tahu sudah lebih 20 tahun IWK ini dia punya kadar (yang dikenakan kepada pengguna) masih sama.


Menurutnya, sekiranya kos tinggi pulangan sikit, susah untuk menjadikannya sebagai projek mampan.


“Kena lihat ke mana perginya kos, kena adil kepada golongan berpendapatan rendah, kena jaga mereka dan dalam masa yang sama mampu menyediakan pembangunan lestari atau mampan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Portal Sinar Harian No.1 di Malaysia

in Nasional by


SHAH ALAM – Sinar Harian Online kembali menduduki carta portal nombor satu di Malaysia berdasarkan statistik terbaru kategori berita dan maklumat dikeluarkan firma pengukur dunia digital, ComScore Inc.


Menurut ComScore, Sinar Harian Online mencatatkan 5.16 juta Pengunjung Unik (UV) untuk mobile dan desktop sepanjang Oktober 2018.


Daripada jumlah tersebut, pelayar mobile merupakan penyumbang terbesar bacaan tersebut dengan 4.91 juta Pengunjung Unik manakala desktop mencatatkan 439,400 Pengunjung Unik.


Sementara itu, bacaan di Google Analytics turut merekodkan peningkatan yang didorong oleh kehadiran, Pengunjung Unik baharu sebanyak 5.9 juta dan bilangan Pengunjung Unik sebanyak 9 juta dengan jumlah Pageview 77.3 juta.


Selain itu, portal ke-2 popular ialah Berita Harian Online dengan jumlah Pengunjung Unik 4.31 juta diikuti Harian Metro Online 3.95 juta Pengunjung Unik seterusnya menempah tempat ketiga.


Turut  tersenarai, The Star Online menduduki tempat keempat dengan jumlah Pengunjung Unik sebanyak 3.87 juta, manakala Oriental Daily Online sebanyak 3.62 juta.


Pengarang Eksekutif Digital, Ruzy Adila Idris berkata, portal Sinar Harian Online sentiasa menjadi pilihan pelayar dalam mendapatkan berita terkini terutama politik, komuniti dan hal-hal yang berkaitan kepentingan negara.


“Kami mempunyai kekuatan tersendiri dalam pemberitaan terutama menerusi program Wacana, Sinar Live dan Bicara Minda yang mana laporan berita ini diperoleh secara eksklusif.


“Malahan dengan tim media sosial yang baharu diwujudkan diharap dapat memberi rencah baharu dalam dunia pemberitaan,” katanya.


Menurutnya, selepas penstrukturan semula sejak awal tahun lalu, Sinar Harian Online menggunakan mekanisme tersendiri dalam memastikan corak laporan lain daripada portal pesaing.


Malahan, poster direka khas sebagai ringkasan berita dan Inforgrafik di Instagram seringkali menjadi viral dan dikongsi jutaan  pelayar.


Sinar Harian Online boleh diakses di www.sinarharian.com.my atau http://www.sinarharian.com.my/mobile/, http://www.facebook.com/SinarHarian, https://twitter.com/SinarOnline dan juga https://instagram.com/sinarharian.


[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Online nombor 1 lagi]


[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Online kembali ungguli tangga no.1]


[ARTIKEL BERKAITAN: Sinar Online dahului carta atasi BH, HMetro]


TERIMA KASIH PEMBACA!


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Tersingkir tapi kami bangga: Abioso

in Hiburan by
Abioso

Tersingkir tapi kami bangga: Abioso


MESKIPUN terpaksa mengakhiri perjalanan selama lima minggu dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM2018), namun peserta Abioso akur dengan keputusan itu.


Peserta berasal dari Indonesia itu tersingkir pada malam tema kenangan dengan peratusan terendah sekali gus menyaksikan peserta kumpulan Zero, Chilok, Shiro, Puteh, Taman, Masin, Joras, Bocey dan Dany Beler (solo) mara ke minggu seterusnya.


Pelawak trio menyifatkan persaingat sengit selama lima minggu di pentas MLM 2018 satu pencapaian yang membanggakan.


“Alhamdulillah kami telah berikan yang terbaik selama sebulan lebih di pentas ini dan plan selepas ini kami akan teruskan berkarya menerusi media sosial pula.


“Selain di media sosial kami akan menghabiskan masa cuti kerja yang berbaki lagi tujuh minggu dengan berehat sahaja.


“Dalam masa sama, walaupun perjalanan terhenti di sini, namun hubungan bersama fans yang ada di Malaysia takkan terhenti dan teruskan menyokong kami,” ujar Abioso.


MLM 2018 turut diadili Scha Alyahya, Tya Ariffin, Remy Ishak dan Douglas Lim yang menyumbangkan 70% markah, manakala 30 % lagi markah adalah hasil undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.


MLM 2018 bersiaran di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap Jumaat, jam 9 malam.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Paramedik palsu rawat 100 pesakit

in Global by


LONDON – BRITAIN. Polis telah melancarkan siasatan ke atas seorang lelaki berusia 21 tahun yang menyamar sebagai paramedik dan telah merawat lebih 100 pesakit.


Individu tersebut didakwa telah melakukan ‘tindakan yang tidak dibenarkan’ untuk tempoh dua minggu pada Julai lalu termasuk memberi respons terhadap panggilan kecemasan 999 dan ‘melepaskan’ pesakit di lokasi kejadian serta tidak membawa mereka ke hospital.


Menurut laporan Evening Standard, lelaki terbabit adalah staf pelatih di Perkhidmatan Ambulans London, namun dia gagal dalam ujian paramedik dan telah disingkirkan.


“Dia disyaki melakukan penipuan dan beberapa kesalahan lain termasuk serangan dan kecurian yang dikaitkan dengan hubungan fizikal bersama pesakit serta memasuki rumah mereka tanpa kebenaran sah,” lapornya.


Polis Metropolitan London memaklumkan siasatan telah dilancarkan selepas mereka menerima laporan pada Julai lalu yang membawa kepada penahanan lelaki terbabit di Hornchurch, Essex dua bulan kemudian.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata jurucakap pihak berkuasa. – The Sun


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Kaji cadangan had masa pusat hiburan

in Uncategorized by


IPOH – Cadangan menghadkan waktu operasi pusat-pusat hiburan terutamanya di Perak perlu dikaji sebelum pelaksanaannya.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelaksanaannya juga perlu mendapat nasihat daripada pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Saya berpandangan kita perlu kaji perkara ini kerana ia bukan berkenaan dengan masa tetapi dengan apa yang dilakukan oleh mereka yang pergi ke pusat-pusat hiburan ini.


“Kalau sekadar ia hiburan yang boleh dikawal dan tidak menganggu ketenteraman awam, rasanya ia tidak ada masalah dan mungkin boleh kita kaji perkara ini,” katanya pada sidang media, malam tadi.


Ahmad Faizal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang akan mempertimbangkan cadangan  daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara kepada jam 1 pagi mulai Januari tahun depan.


Sementara itu Ahmad Faizal berkata, setakat keadaan di sekitar negeri khususnya di bandaraya Ipoh masih terkawal.


Katanya, biarpun warga bandaraya masih keluar berhibur sehingga ke awal pagi, namun ia tidaklah sehingga menganggu ketenteraman awam.


“Namun yang merbahaya mereka terlalu banyak minum minuman keras ini.


“Kalau tutup jam 8 malam pun tapi dia minum dari jam 2 petang dengan banyak dan tidak bertanggungjawab, ia tetap boleh menganggu ketenteraman awam.


“Di Perak setakat ini kita perlu dapatkan nasihat pihak berkuasa, PBT dan sebagainya sebelum buat perkara yang sama di Perak ini,” katanya.


Terdahulu Ahmad Faizal menyempurnakan Majlis Penyampaian  Hadiah  Sastera  Darul  Ridzuan  kali  ke  6 (HSDR 6 ) dan  Malam  Nusantara sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) 2018 di  Pusat  Konvensyen Amanjaya Hotel  Casuarina, Meru, malam tadi.


Ahmad Faizal turut berkesempatan untuk mendeklamasikan sajak bertajuk ‘Kita Kembalikan Keindahan,’  pada majlis berkenaan.


Hadir sama, pengarah Pulara 2018 Mohd Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Pak Malim dan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]

Kagum minat anak terhadap sukan bola sepak…

in Hiburan by
Instagram Rita Rudaini

Kagum minat anak terhadap sukan bola sepak…


MANA tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Itulah boleh diibaratkan kepada dua anak pelakon Rita Rudaini terhadap kecenderungan mereka terhadap sukan bola sepak.


Malah, dia juga mengakui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna terhadap bola sepak.


Terbaharu menerusi entri di Instagram (IG), Rita berkongsi sekeping gambar anaknya yang melukis gambar kasut bola.


“Hari-hari mereka google boots, (mereka) lukis. Dapat lukis boots pun mereka sudah teruja. Kakak kalau pergi melancong, ingat boots sahaja. Tak apa belajar rajin-rajin.


“Kakak selalu bagi semangat dekat anak-anak (kakak), dapat bagus, dapatlah boots idaman.  Nak main bola, kena bijak dalam pelajaran dan Al-Quran. Kena ada pakej baru jadi ‘Pria Terhebat’,” tulisnya.


 



Rata-rata memuji lukisan yang dilakukan oleh anaknya itu dan mereka berharap agar suatu hari nanti anak-anaknya dapat menjadi pemain bola terhebat seperti ayah mereka, Aidil Zafuan.


“Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi @ritrud727,” tulis mrsjuliaaaptari.


“Orang kidal memang kreatif kakak @ritrud727… Semoga menjadi kebanggaan suatu hari nanti,” tulis ninaabdullah.


“Manalah tahukan, tiba-tiba abang pos datang, ada orang hadiahkan. Apapun nak cakap tangan berseni,” tulis syacantikallahsyg.


“Semoga berjaya dunia dan akhirat untuk kedua-dua anak-anak @ritrud727, amin,” tulis jamilahzek1864.


[ARTIKEL BERKAITAN: Anak mahu bapa baharu, ramai DM Rita Rudaini]


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Kuil tenang, penganut Hindu beribadat seperti biasa

in Nasional by


SUBANG JAYA – Sama seperti beberapa hari sebelum ini, keadaan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Putra Heights, di sini, tenang tanpa sebarang kekecohan berlaku.


Malah, beberapa penganut Hindu yang hadir ke kuil turut bersembahyang seperti biasa seolah-olah tiada apa pernah berlaku di kuil berkenaan.


Begitupun, Sinar Harian difahamkan jumlah penganut yang beribadat pada hari ini agak kurang jika dibandingkan dengan minggu-minggu sebelumnya.


Kemungkinan tindakan polis menutup beberapa laluan masuk ke kuil mempengaruhi keadaan itu selain mereka mungkin bimbang dengan keselamatan diri jika datang ke kuil.


Tinjauan Sinar Harian sejak malam kelmarin juga mendapati tidak kelihatan kelibat mana-mana kumpulan berhimpun di hadapan kuil seperti yang berlaku pada awal pagi Rabu.


Pasukan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga setia berkawal di hadapan kuil dari malam sehingga ke pagi.


Diharapkan ketenangan ini berterusan dan segala isu melibatkan kuil berkenaan dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kekacauan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Petrol RON97 turun 31 sen tengah malam ini

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun 31 sen kepada  RM2.50 seliter  dari  1 Disember hingga 31 Disember ini, daripada RM2.81 seliter, November lepas.


Sementara itu, harga petrol RON95 dan diesel,  masing-masing kekal pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Batu bulan dijual RM3.6 juta

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Tiga serpihan batu yang diambil dari bulan oleh misi angkasa Soviet pada 1970 telah dijual AS$855,000 (RM3.6 juta) ketika sesi lelongan di New York, semalam.


Rumah lelong Sotheby memaklumkan ‘batu bulan’ adalah satu-satunya yang didokumenkan dalam tangan pemilik peribadi.


Ia ditawarkan untuk dijual oleh pengumpul peribadi warga Amerika Syarikat (AS) yang membelinya dalam satu sesi lelongan dengan harga AS$422,500 (RM1.7 juta) pada 1993.


Batu itu telah dibeli seorang lagi pengumpul peribadi warga AS, namun identitinya tidak didedahkan.


Difahamkan, sampel batu itu pada asalnya dimiliki, Nina Ivanovna Koroleva, isteri bekas pengarah program angkasa Soviet, Sergei Pavlovich Korolev yang diberikan kepada wanita terbabit bagi pihak Kesatuan Soviet sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan suaminya dalam projek terbabit.


Ia diperoleh oleh Luna-16 yang menggerudi permukaan bulan sehingga kedalaman 35 sentimeter pada September 1970. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]

1 2 3 359
Kembali UTAMA