Monthly archive

December 2018

Tiada rakyat Malaysia cedera gempa bumi di Pariaman

in Global by


KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terkesan secara langsung dalam kejadian gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter yang melanda Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia, pada 9.03 malam waktu tempatan, semalam.


Menurut Wisma Putra dalam kenyataan, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah berhubung dengan pelajar Malaysia yang berada di sekitar Padang, Sumatera Barat bagi memastikan keselamatan mereka.


“Rakyat Malaysia juga diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini,” menurut kenyataan itu.


Rakyat Malaysia di sekitar Sumatera Barat yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan menerusi emel mwmedan@kln.gov.my atau menghubungi talian +62614531342. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Sunway Lagoon siasat dakwaan Stacy

in Hiburan by
Foto: Laman Web Rasmi Sunway Lagoon

Sunway Lagoon siasat dakwaan Stacy


PIHAK pengurusan Sunway Lagoon, melahirkan rasa kesal di atas kejadian yang menimpa penyanyi, Stacy Anam dan keluarganya ketika berada di taman tema air terkenal itu.


Menurut wakil pengurusan terbabit kepada Sinar Harian, pihaknya akan menyiasat perkara sebenar dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.


“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Kami kesal dengan pengalaman yang kurang menyenangkan.


“Sila ambil perhatian bahawa kami kini sedang menyiasat masalah yang timbul. Pihak pengurusan tidak akan sesesekali membiarkan sikap dan tinkah laku tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih,” ujarnya kepada Sinar Harian.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Menangis sampai lebam: Suami Mila Jirin beri kesedaran

in Hiburan by
Penyanyi, Mila Jirin

Menangis sampai lebam: Suami Mila Jirin beri kesedaran


PENYANYI, Mila Jirin, berkata, suaminya, Isz Mustapha telah menyedarkan dirinya berkenaan sambutan majlis hari lahir, baru-baru ini.


“Suami saya beritahu saya satu perkara dan buatkan saya tersedar.


“Bukan majlis gilang gemilang untuk sambut ulangtahun yang kita nak adakan, tetapi mohon doa dan panjatkan kesyukuran pada ALLAH di atas semua nikmat yang dipinjamkan.”


“saya menangis lagi, Benar! Nikmat ALLAH yang mana nak kita dustakan. Terkadang diri ini terlalu terikut budaya dan style orang zaman sekarang.


“Sambutan gilang gemilang hingga lupa panjatkan kesyukuran. Allahu menitik air mata sampai lebam mata,” luah Mila yang kini berusia 31 tahun.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Kalau tak nak anak tu, carilah Abby Abadi

in Hiburan by
Pelakon, Abby Abadi

Kalau tak nak anak tu, carilah Abby Abadi


PELAKON, Abby Abadi tampil menzahirkan rasa kehibaan berhubung kes penemuan seorang bayi ditinggalkan didalam sebuah kotak sebentar tadi di Surau Al-Ittifaq Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.


Abby, berkata, dia terbuka untuk menerima bayi dan bersedia untuk memberikan kehidupan yang sebaiknya.


“Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby sahabat. Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu bapa yang sudi nak menjaga dia, kenapa buang macam ni?


“Tolong adik kakak, makcik… kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi.


“Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga. Pleaseee!” coret ibu kepada tiga orang anak.


Untuk makluman, Abby mempunyai dua orang anak angkat yang masih kecil iaitu, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Larangan merokok: Sarawak tidak berkecuali

in Edisi Sabah Sarawak by


KUCHING – Sarawak akan menguatkuasakan larangan merokok berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian.


“Sarawak akan mempunyai larangan merokok kita sendiri dengan mengambil kira keadaan dan berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan Sarawak dan undang-undang. Sama seperti imigresen, kita ada hak imigresen kita sendiri.


“Sebagai ahli kardiologi, saya menyokong amalan antimerokok sepanjang kerjaya saya dan akan terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Beliau juga melahirkan perasaan kecewa dengan gambaran salah sesetengah pihak terhadap Sarawak berhubung isu larangan merokok.


“Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan bukan sahaja untuk perokok tetapi juga untuk bukan perokok. Kita terpaksa melakukan lebih banyak ke atas produk tembakau bukan setakat undang-undang sahaja tetapi juga secara holistik,” katanya.


Sebuah akhbar Inggeris tempatan memetik Kui Hian sebagai berkata, larangan merokok yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan bermula 1 Jan 2019 tidak terpakai di Sarawak melainkan kerajaan Sarawak melaksanakan dasar baharu itu. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Beri maklumat, adu kepada polis guna WhatsApp

in Edisi Sabah Sarawak by


LAHAD DATU – Penduduk Lahad Datu kini boleh memberi maklumat dan aduan langsung kepada polis di daerah ini menerusi talian aplikasi WhatsApp di 019-2186984.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, penyaluran maklumat melalui aplikasi itu merupakan antara langkah yang dilaksana polis untuk mencegah jenayah serta dapat mendekati masyarakat.


“Masyarakat boleh menyalurkan apa-apa maklumat ke nombor WhatsApp ini selain menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.


Terdahulu, Nasri mendedahkan operasi yang dijalankan pihaknya di Kampung Puyut Jalan Pantai di sini semalam membawa kepada rampasan sepucuk pistol serta 28 butir peluru.


“Dalam kejadian 7.45 petang itu, polis terserempak seorang lelaki mencurigakan di atas jambatan, sedang mengeluarkan bungkusan dari dalam bajunya dan meletak bungkusan itu di atas lantai kaki lima di sebuah kedai runcit.


“Polis yang mahu memeriksa suspek tiba-tiba bertindak melarikan diri dan sempat berlaku pergelutan dengan anggota polis sebelum suspek meloloskan diri dengan terjun ke laut,” katanya dan menjelaskan pemeriksaan ke atas bungkusan tersebut menemui pistol dan peluru hidup.


Nasri berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek dipercayai Pala’u dan berusia 30 tahun.


“Setakat ini suspek masih diburu dan setakat ini tiada maklumat bahawa suspek terlibat dengan pengganas,” katanya lagi.


Pala’u dikenali sebagai ‘gipsi laut’ kerana hidup secara nomad di lautan dan tinggal di dalam perahu, selain tidak diakui sebagai rakyat Filipina atau Indonesia. Majoriti masyarakat ini kini dikesan menetap di perairan sekitar Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Ahli politik Thai mahu saman pihak sebar gambar seks

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Anggota Parti Pheu Thai, Watana Muangsook dan aktivis politik, Nutta Mahattana hari ini berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan gambar asmara mereka di Internet.


Watana, 61, telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap pemilik hotel dan beberapa individu yang terlibat dalam insiden itu.


Katanya, penyebaran gambar beliau sedang melakukan hubungan seks dengan pasangannya bermotifkan politik.


Tambahnya, perbuatan pihak terbabit menampal logo Pheu Thai pada setiap gambar bertujuan mencalar imej dirinya serta parti.


Gambar tersebut mula tersebar pada Jumaat lalu dan Watana berkata ia taktik kotor untuk menjatuhkan dirinya.


Sementara itu, Nuttaa berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar tersebut.


Katanya, gambar tersebut mungkin diambil secara rahsia kira-kira lima bulan lalu berdasarkan pakaian yang dipakainya.


Tambah wanita berusia 39 tahun itu, beliau tidak pernah menyembunyikan hubungannya dengan Watana kerana kerap keluar bersama di khalayak ramai. – Bangkok Post


Source: SH Global

[featured-video-plus]

Isteri belum ditemui, Ifan enggan tinggalkan tempat kejadian

in Hiburan by
– Foto Instagram Ifan

Isteri belum ditemui, Ifan enggan tinggalkan tempat kejadian


ISTERI belum ditemui, vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan enggan tinggalkan tempat kejadian tsunami, kelmarin untuk mencari isterinya itu.


Luahan itu dicoretkan di Instagram (IG) miliknya dan turut memaklumkan jenazah empat rakannya itu dikebumikan di empat lokasi berbeza hari ini.


“Minta maaf minta ampun aku tidak boleh hantar sampai akhir, aku perlu cari Dylan dan Andi,” tulis Ifan buat empat sahabatnya yang terkorban dalam tsunami, kelmarin.


Dua anggota kumpulan itu disahkan terkorban adalah pemain gitar Muhammad Awal Purbani dan Herman Sikumbang serta dua pengurus mereka Oki Wijaya dan Rukmana Rustam atau Ujang.


“Bani dimakamkan (dikebumikan) jam 1 petang (waktu tempatan) di Gamping, Herman di Tidore, Oki jam 2 petang di Krapyak dan Ujang di Ciledug.


“Minta maaf tidak dapat hantar, tenang dan ikhlas di sana ya… InsyaAllah kita di sini tidak akan putus kirim doa buat kamu di sana nanti,” tulisnya.


Setakat ini, hanya Ifan yang ditemui selamat manakala pemain drum kumpulan itu Windu Andi serta isteri Ifan, Dylan Sahara masih belum ditemui.


Pada perkongsian sebelum itu Irfan berkata ingin bertemu dengan isterinya agar dia boleh mengucapkan       


“Hari ini (23 Disember) ulang tahun (kelahiran) kamu, aku mahu ucapkan (siaran) langsung, cepat pulang sayang @dylan_sahara,”


Kapsyen itu mengundang rasa sedih para peminat dan rata-rata mendoakan agar Irfan dapat bertemu dengan isteri dengan selamat.


“Sedih sangat, sabar ya abang… Semoga isteri ditemukan dalam keadaan sihat walafiat,”tulis windawindy.


“InsyaALLAH, semoga cepat berjumpa dengan keluarga semua ya abang Irfan tetap sabar dan terus berdoa kepada ALLAH yang maha kuasa agar cepat dipertemukan kembali dan yang telah pergi dulu turut berduka cita, semoga amal ibadah mereka diterima disisinya Amin,” tulis muhammad_alfith.


“Ya ALLAH pertemukan kembali Abang Irfan dengan isterinya… Amin,” tulis ayietw.


“InsyaAllah selamat… ALLAH yang maha kuasa atas segala-galanya… Semua orang mendoakan yang terbaik untuk isterinya… terus berdoa,” tulis mumunateng.


“Ya Allah.. Sedih baca kapsyennya… Semoga Dylan segera diketemukan, Amin,” tulis chiyokosayuri.


Kumpulan Seventeen dijemput khas membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort, Banten, sebelum gelombang tsunami melanda kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan (10.30 malam waktu Malaysia).


Setakat jam 1 petang tadi, jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan jumlah kematian dicatatkan 281 orang, 1,016 cedera, 57 masih hilang dan 11,687 orang dievakuasi.


“Sebanyak 611 rumah, 69 hotel dan vila, 60 warung serta kedai dan 420 perahu didapati rosak,” tulisnya di laman Twitter miliknya.


Terdapat juga satu video memaparkan detik terakhir kumpulan itu sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tsunami datang `menyapu’ pentas dan penonton menjadi tular di laman sosial.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Bekalan air terputus: JANS lapor polis

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membuat laporan polis berhubung lima kejadian melibatkan bekalan air terputus di beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu pada  Sabtu lepas.


Pengarahnya Ir Amarjit Singh berkata, laporan itu dibuat kira-kira 11 pagi semalam (Ahad) di Balai Polis  Luyang apabila hasil pemeriksaan terhadap keadaan saluran paip di kawasan terjejas mendapati ia seperti perbuatan yang disengajakan.


“JANS telah menjalankan pemerikasaan di kawasan yang terjejas dan mendapati ada saluran paip yang pecah dan injap paip yang ditutup,” katanya pada sidang media di Wisma Muis, di sini hari ini.


Beliau berkata, pada Sabtu lalu, hasil pemeriksaan yang dijalankan JANS mendapati dua saluran paip di Jalan Sulaman sepanjang 450mm dan 700mm didapati telah rosak.


Katanya, JANS turut mendapati dua injap angin di kawasan Lorong Unta dan Lorong Angsa di kawasan Luyang dipercayai turut dirosakkan sehingga saluran paip itu pecah.


“Sementara pada Ahad (semalam) JANS turut menerima satu aduan bekalan air di Luyang Perdana turut terjejas dan selepas pemeriksaan dijalankan mendapati injap optik bekalan air ke kawasan itu seperti sengaja ditutup,” katanya. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Pemimpin dunia kongsi kesedihan Indonesia

in Global by


JAKARTA – INDONESIA.Beberapa pemimpin dunia menzahirkan ucapan simpati dan dukacita kepada Indonesia susulan tsunami yang melanda beberapa kawasan di sekitar Selat Sunda pada malam Sabtu lalu.


Antaranya, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menyatakan sokongan kepada Jakarta menerusi Twitter hari ini.


“Bencana tsunami menyebabkan kemusnahan yang tidak boleh dijangka berlaku di Indonesia. Lebih 200 orang maut dan ribuan lagi cedera atau hilang. Kami berdoa keadaan akan kembali pulih. Amerika sentiasa bersama anda,” tulis Trump.


Perdana Menteri India, Narendra Modi turut berkongsi kesedihan melalui Twitter dan berkata: “Amat sedih bila mendengar berita mengenai ramai yang terkorban dan kemusnahan berlaku di Indonesia akibat tsunami susulan letusan gunung berapi.


“Ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa mereka yang cedera segera pulih. India sedia memberikan bantuan kepada jiran dan sahabatnya”.


Agensi berita Anadolu pula melaporkan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menghantar ucapan takziah kepada Indonesia.


“Saya bagi pihak rakyat Turki, ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua rakyat Indonesia,” kata Erdogan di Istanbul ketika menghadiri Perhimpunan Agung Kewangan 2018 anjuran Lembaga Perhubungan Ekonomi Luar Turki (DEIK).


Tidak ketinggalan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang melahirkan rasa simpati terhadap semua yang terjejas ekoran bencana itu.


“Rusia turut berkongsi kesedihan dengan rakyat Indonesia. Sila sampaikan rasa simpati dan sokongan saya kepada keluarga mangsa dan saya mendoakan mereka yang cedera supaya segera sembuh,” katanya.


Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) melaporkan angka kematian sudah mencecah 281 orang, manakala mangsa yang cedera dan hilang, masing-masing meningkat kepada 1,016 orang dan 57 orang.- Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]

1 2 3 162
Kembali UTAMA