Ayuh Pawi gegar Eropah! (NOTA PREMIUM)

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

Ayuh Pawi gegar Eropah! (NOTA PREMIUM)

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

2020-10-08 23:11:46
2020-10-08 23:11:46

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid kini umpama bintang yang sedang bergemerlapan tatkala dia secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Liga Portugal, Portimonense SC semalam.Bagi jurulatih berpengalaman negara, Mohd Azraai Khor Abdullah, kini tiba masanya buat pemain berusia 23 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu menjelmakan segala kebolehan serta kepakaran yang dimiliki untuk menggegar pentas Eropah.
“Seluruh dunia kini sedang memerhatikan kelibat Safawi dan di situlah peluang untuk dia menonjolkan diri. Apa yang perlu dilakukan Safawi kekal fokus kerana peluang itu tidak selalu datang bergolek di depan mata.
“Ibarat bola sudah ada di kaki, kini terpulang kepada Safawi bagi menentukan hala tujunya. Bukan senang beraksi di negara luar, apatah lagi di Eropah. Jadi Safawi harus betul-betul tabah dan kuat dari segi mental dan fizikal.
“Yang penting sekarang adalah cara bagaimana untuk tonjolkan diri. Orang nak tengok bola sepak Malaysia, pemain bola sepak Malaysia dan di situlah perlu tonjolkan diri dengan memberikan aksi yang terbaik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada masa sama, Mohd Azraai percaya penampilan Safawi mampu memberikan inspirasi serta motivasi kepada barisan pemain tempatan yang lain untuk mengembangkan karier mereka di luar negara.
“Bagi saya ini satu perkembangan positif buat bola sepak Malaysia. Semoga lebih ramai lagi pemain khususnya pemain muda dapat mengikut jejak langkah Safawi dan Luqman Hakim (Shamsudin) yang turut beraksi di Eropah.
“Jika kita tengok pemain Korea Selatan, Son Heung-min boleh beraksi cemerlang bersama kelabnya, Tottenham Hotspur dalam saingan EPL (Liga Perdana Inggeris), tiada alasan pemain negara tidak boleh berbuat perkara yang sama. Yang penting, kena ubah sikap dan mantapkan prestasi,” ujarnya.
Terdahulu, Safawi yang menyertai Portimonense SC sebagai pemain pinjaman selama semusim diperkenalkan secara rasmi pemain baharu kelab itu di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal.
Menurut Safawi, dia berazam mengikuti jejak langkah beberapa bekas pemain Portimonense SC yang kini beraksi bersama kelab ternama Portugal seperti Bruno Tabata yang mewakili Sporting Lisbon dan Shoya Nakajima (FC Porto).
“Saya tahu ramai pemain Portimonense yang berhijrah ke kelab besar seperti Bruno dan Shoya. Jadi saya juga mahu membuktikan apa yang saya ada. Saya akan berikan yang terbaik untuk Portimonense.
“Saya sudah tidak sabar untuk beraksi dan saya berharap adanya saya di sini, saya mahu memberikan sesuatu buat pasukan. Sudah pasti saya mahu cepat beraksi untuk membantu pasukan pada aksi sulung nanti,” ujarnya.


Source: Terkini

[featured-video-plus]