Bajet 2022 medan realisasi harga getah sekerap RM3.50 sekilogram

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

Bajet 2022 medan realisasi harga getah sekerap RM3.50 sekilogram

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

2021-10-23 16:57:00
2021-10-23 17:06:21

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

ALOR SETAR – Belanjawan 2022 menjadi medan terbaik untuk kerajaan merealisasikan harga lantai sekerap pada harga rm3.50 sekilogram jika benar-benar mahu membantu penoreh getah.

Pengerusi Persatuan Penoreh dan Pekebun Getah Daerah Padang Terap, Ahmad Zulkifli Ismail berkata, langkah itu merupakan kaedah terbaik membantu memulihkan taraf hidup masyarakat luar bandar supaya keluar daripada kemiskinan.

Menurutnya, penoreh pernah menikmati kadar harga lantai yang tinggi mencecah RM7 sekilogram pada tahun 2010 sebelum harganya merudum pada 2012 yang mengakibatkan golongan itu terjejas.

“Persatuan tidak yakin dengan harga lantai RM3.50 yang disebut-sebut selagi ia tidak direalisasikan oleh pihak kerajaan. Kami bimbang jika ia hanya gula-gula Pilihanraya Umum (PRU) ke-15,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zulkifli berkata, rakyat Malaysia terutama penoreh telah lama sedar ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur dan ekonomi di kawasan pedalaman.

Menurutnya, kemudahan infrastruktur dan peluang ekonomi di kawasan luar bandar juga masih jauh ketinggalan.

“Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan juga perlu lebih efisien membantu penoreh getah dan mengurangkan karenah birokrasi yang boleh menyusahkan rakyat. Sampai bila masalah penoreh getah ini akan berterusan?” ujarnya.

Ahmad Zulkifli memberitahu, persatuan itu menyambut baik usaha untuk harga lantai sekerap pada harga RM3.50 sekilogram dan perlu direalisasikan dalam masa terdekat kerana majoriti penoreh di luar bandar semakin terhimpit kesan pandemik Covid-19.

“Persatuan melihat Bajet 2022 menjadi medan terbaik kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar terutama penoreh getah jika pemerintah benar-benar ikhlas,” katanya lagi.

Pada 18 Oktober lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya akan meneliti cadangan meningkatkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.50 sekilogram ketika ini kepada RM3.50 sekilogram sebagai usaha membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil di negara ini.

Kementerian itu juga katanya, perlu berbincang mengenai perkara itu bersama pegawai terbabit termasuk Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


Source: Terkini

[featured-video-plus]