Covid-19: Kerajaan tegas semua perlu jalani kuarantin

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

Covid-19: Kerajaan tegas semua perlu jalani kuarantin

SAIFULLAH AHMAD

2020-10-03 13:10:00
2020-10-03 13:28:11

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

BAGAN SERAI – Kerajaan terus bertegas mana-mana individu termasuk pemimpin yang balik dari Sabah selepas 27 September lalu perlu menjalani kuarantin dalam tempoh ditetapkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, berdasarkan data-data diterima, kebanyakan penularan kes koronavirus (Covid-19) sejak akhir-akhir ini disebabkan mereka yang balik dari Sabah.

Menurutnya, mereka yang menjalani kuarantin juga perlu akur kepada undang-undang dengan terus berada di kediaman masing-masing selama 14 hari seperti ditetapkan.

“Setakat ini kita tahu ramai yang ikut prosedur operasi standard (SOP), jalani kuarantin di rumah tapi ada juga yang tak buat kan? Jadi ini yang kerajaan nasihatkan dan kita pun nasihat sesama kita, pemimpin-pemimpin tempatan ambil berat perkara ini, nasihat semua orang di daerah kita.

“Semua orang kena betul-betul serius dalam penjagaan SOP ini sebab kes sudah mula terjun komuniti kita kerana kita tengok semalam penularan dari negara luar zero, semua dalam negara, paling tinggi di Kedah dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bagan Serai Timur dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak di pekan Bagan Serai, di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi (berdiri dua dari kanan) bertemu dengan penderma darah yang sedang menunggu giliran pada Kempen Derma Darah anjuran KRT Bagan Serai Timur dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak di pekan Bagan Serai, di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, pihaknya kini semakin serius menasihati pemimpin komuniti melalui program di peringkat bawah melibatkan pengerusi KRT, pengerusi Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi), pengerusi Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen), ketua-ketua kampung, pengerusi surau dan masjid supaya masyarakat mematuhi SOP.

Menurutnya, peningkatan tertinggi semalam sebanyak 287 kes merupakan satu tragedi kerana melepas 277 kes yang dicatat pada bulan Jun lalu.

“Rakyat jangan panik tak tentu arah, yang penting jaga diri kita, ikut SOP ditetapkan.

“Tak perlu keluar kalau tak ada urusan, jangan berkumpul di pasar raya dan sebagainya. Kalau pergi kenduri lepas itu balik cepat,” katanya.

Sementara itu, mengenai keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kembali di negara ini, Dr Noor Azmi berkata, perkara itu hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, sehingga kini belum ada sebarang keputusan lebih keras dibuat selain Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran selama 14 hari di Sabah bermula 28 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia berada pada peringkat awal gelombang ketiga


Source: Terkini

[featured-video-plus]