LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi masih belum beroperasi

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi masih belum beroperasi

2020-10-05 15:15:00
2020-10-05 15:22:28

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

KUALA LUMPUR – Sehingga jam 12.30 tengah hari ini, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya berikutan insiden pencemaran air mentah.

Menurut kenyataan Air Selangor, sehingga waktu itu pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Batang Benar di Negeri Sembilan yang berada pada tahap 18 ton (ukuran kadar bau) manakala bacaan di muka sauk LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masing-masing sembilan ton dan lapan ton.

“Henti tugas ini menyebabkan Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan dan gangguan bekalan ini dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya khasnya memandangkan kedua-dua loji telah henti tugas selama 20 jam,” menurut kenyataan itu tengah hari ini.

Sejak jam 8 pagi tadi, Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 64 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas.

Sebanyak 14 tangki statik, tujuh stesen pengisian setempat, sembilan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 10 pili awam juga disediakan untuk pengguna yang terjejas.

Kenyataan itu memaklumkan Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Air Selangor turut menyarankan para pengguna untuk mengambil bekalan air alternatif di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di PKS yang telah disediakan. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

LUAS kesan bau bangkai di Sungai Pajam


Source: Terkini

[featured-video-plus]