Morbidelli tekad bangkit di Aragon

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

Morbidelli tekad bangkit di Aragon

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI

2020-10-15 06:50:00
2020-10-14 22:55:31

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

PELUMBA MotoGP Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli tetap yakin untuk kembali bangkit pada GP Aragon, Sepanyol hujung minggu ini biarpun gagal menamatkan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Le Mans minggu lalu.

Pelumba dari Itali berusia 25 tahun itu berkata, dia mahu mengulangi kejayaan menaiki podium di Litar Motorland itu seperti yang pernah dilakukannya pada musim 2017 lalu ketika berlumba pada saingan kejuaraan Moto2.

“Saya pernah menang di sini dan ia mungkin akan membuatkan pasukan kami mengulangi kejayaan itu kali ini. Memang ia sesuatu yang agak memalukan kerana pada GP Le Mans baru-baru ini, kami mencatatkan keputusan kurang memberangsangkan.

“Namun, saya merasakan kami memang agak laju pada perlumbaan berkenaan dan diharapkan kelajuan berkenaan dapat dibawa pada perlumbaan di Motorland kerana saya menjangkakan perlumbaan hujung minggu ini akan menjadi satu perlumbaan yang laju,” katanya.

Morbidelli gagal menamatkan perlumbaan di GP Le Mans minggu lalu setelah terlibat dalam kemalangan dengan seorang lagi pelumba Itali, Valentino Rossi dan pelumba Sepanyol, Maverick Vinales.

Kegagalan di Le Mans bagaimanapun menyaksikan Morbidelli kekal pada kedudukan kelima dengan 77 mata dalam carta kejuaraan dunia.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan di Le Mans minggu lalu catatan masa 45 minit 16.87 saat, yakin pasukan berkenaan mampu mencatatkan kejayaan di Motorland hujung minggu ini.

Malah pelumba yang menduduki tempat pertama dalam carta kejuaraan dunia dengan 108 mata itu turut yakin mereka mampu memberikan saingan kepada pelumba-pelumba lain.

“Kami berada pada posisi yang terbaik untuk mengharungi GP Aragon. Walau bakal berdepan sedikit kesukaran, tapi kami ada kelebihan dari segi motivasi untuk mencatatkan keputusan yang baik kali ini.

“Minggu lalu kami mampu meningkatkan tunggangan kami walaupun dalam keadaan yang sukar, jadi tidak mustahil untuk kami lakukan yang lebih baik hujung minggu ini. Dari segi jentera, tidak banyak sebenarnya yang perlu dilakukan penambahbaikan untuk perlumbaan ini,” katanya.


Source: Terkini

[featured-video-plus]