Pensyarah FSPU UiTM dalami bidang penulisan

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

Pensyarah FSPU UiTM dalami bidang penulisan

SYAZWANI ABDUL KADIR

2020-10-07 16:31:00
2020-10-07 17:03:01

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

SHAH ALAM – Seramai 30 pensyarah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini menyertai program penulisan ‘FSPU bersama Wartawan Media dan Penulis Buku 2020’ hari ini.

Timbalan Dekan Akademik FSPU, Profesor Madya Ts Dr Emma Marinie Ahmad Zawawi berkata, program itu untuk menggilap bakat penulisan umum dan kreatif yang sedia ada dalam kalangan pensyarah di fakulti itu.

Beliau berkata, bengkel yang diadakan selama sehari itu bermatlamat memberikan pendedahan kepada peserta bagaimana menulis rencana yang memberikan lebih impak dan manfaat kepada fakulti dan pembaca

“Selain mengajar, pensyarah boleh menulis artikel dalam bidang kepakaran mereka agar boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Pada masa yang sama boleh menaikkan nama fakulti,” katanya.

Dua penceramah yang diundang ialah Pengarang Kanan Sinar Harian, Azmi Tarmizi yang berkongsi mengenai penulisan kewartawanan dan Nisah Haron, seorang bekas peguam yang aktif dengan penulisan kreatif.

Turut hadir Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSPU, Sr Dr Mohd Sufian Hasim dan Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Sementara itu Azmi berkata, bakat dalam bidang penulisan boleh dilatih dan pensyarah boleh mengikuti latihan penulisan untuk mengasah bakat masing-masing di samping mempunyai minat yang mendalam.

“Sinar Harian sentiasa menyediakan ruang kepada pensyarah untuk menghantar tulisan mereka terutama dalam menyampaikan pandangan yang sesuai dengan kepakaran mereka,” katanya.


Source: Terkini

[featured-video-plus]