Sastera feminisme martabatkan wanita

in Terkini by

var googletag = googletag || {};
googletag.cmd = googletag.cmd || [];

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.defineSlot(‘/6273129/FBIA_SH_Medium_Rect’, [300, 250],
‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’).addService(googletag.pubads()); googletag.pubads()
.enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs();
googletag.enableServices(); }
);

googletag.cmd.push(function()

{ googletag.display(‘FBIA_SH_Medium_Rect-0’); }
);

Sastera feminisme martabatkan wanita

MANA SIKANA

2021-10-24 07:25:00
2021-10-24 06:58:25

(function (i, s, o, g, r, a, m) {
i[‘GoogleAnalyticsObject’] = r;
i[r] = i[r] || function () {
(i[r].q = i[r].q || []).push(arguments)
}, i[r].l = 1 * new Date();
a = s.createElement(o),
m = s.getElementsByTagName(o)[0];
a.async = 1;
a.src = g;
m.parentNode.insertBefore(a, m)
})(window, document, ‘script’, ‘https://www.google-analytics.com/analytics.js’, ‘ga’);
ga(‘create’, ‘UA-6733299-1’, ‘auto’);
ga(‘set’, ‘referrer’, ‘http://instant.facebook.com/instant’);
ga(‘send’, ‘event’, ‘Instant Article’, ‘Article Read’, location.pathname);
ga(‘send’, ‘pageview’, location.pathname);

window._taboola = window._taboola || [];
_taboola.push({
article: ‘auto’,
ref_url: ‘http://instantarticles.fb.com’
});
!function (e, f, u, i) {
if (!document.getElementById(i)) {
e.async = 1;
e.src = u;
e.id = i;
f.parentNode.insertBefore(e, f);
}
}(document.createElement(‘script’),
document.getElementsByTagName(‘script’)[0],
‘http://cdn.taboola.com/libtrc/kumpulanmediakarangkraf-sinarharian/trk.js’,
‘tb_loader_script’);
if (window.performance && typeof window.performance.mark == ‘function’) {
window.performance.mark(‘tbl_ic’);
}

var _comscore = _comscore || [];
_comscore.push({ c1: “2”, c2: “13578094”, options: {url_append: “comscorekw=fbia”}});
(function() {
var s = document.createElement(“script”), el = document.getElementsByTagName(“script”)[0]; s.async = true;
s.src = (document.location.protocol == “https:” ? “https://sb” : “http://b”) + “.scorecardresearch.com/beacon.js”;
el.parentNode.insertBefore(s, el);
})();

TIBA-TIBA sahaja subjek sastera feminisme menjadi isu utama dalam wacana sastera Melayu mutakhir.

Dimulai dengan penghujahan karya Azmah Nordin sebagai teks feministik, merebak ke persoalan apakah kedudukan feminisme sudah lapuk dalam sastera Melayu?

Dunia gelap wanita, suara yang terbungkam dan diletakkan di sudut ruang sempit, kemudian mendapat kemerdekaan, dan sudah dianugerahi pengiktirafan, cuba dinilai semula.

Kedudukan sastera Melayu berbeza dengan Barat, yang sejarahnya sarat dengan tragedi misogini, wanita ditindas di setiap penjuru biologi, ekonomi, pendidikan, dan dengan sadisnya dihukum sebagai warga kelas kedua.

Bagaimanapun dari segi budaya dan amalan adatnya, wanita Melayu suatu masa dahulu juga pernah terlantar dengan kemunduran. Anak gadis dipingit dan hanya memandang si jantan yang berlarian di padang.

Islam telah meletakkan wanita di tempat terhormat. Yang bersalah kerana sikap melupakan ajaran suci itu, dan terbelenggu oleh budaya luaran.

Modenisasi sastera dimulai dengan teks feminisme Syed Sheikh al-Hadi, Hikayat Faridah Hanum (1925) dan Ahmad Rashid Talu, Iakah Salmah? (1927).

Beberapa lama kemudian suara wanita menjadi bisu sehinggalah Salina oleh A. Samad Said (1961). Tetapi, yang sungguh bermakna Badai Semalam, Khadijah Hashim (1968), kekecewaan Mazni dalam percintaan membawanya berjaya dalam pelajaran, sebuah teks idealistik wanita moden.

Feminisme gerakan yang membantah, membongkar dan menentang segala kezaliman patriaki dengan memperjuangkan hak dan kedudukan. Objektifnya bagi melahirkan sebuah dunia wanita yang sejahtera, bahagia dan bermaruah.

Gelombang pertama, perjuangannya sejak abad ke-16 memukul gendang kesedaran, diikuti dengan turun ke padang melaungkan emansipasi.

Kedua, ombak kesamarataan dan memasuki lautan patriaki di peringkat liberal. Ketiga, mencapai gunung untuk meninjau lelaki yang terkapai-kapai lemas di daratan, membina budaya lesbian, peringkat radikal. Lelaki membalasnya dengan sastera gay. Akhirannya dinaturalisasikan dengan sastera gender.

Sastera feminis diilhamkan oleh mitos Greek, dongeng Philomela sebagai lambang wanita tertindas oleh dewa lelaki. Philomela yang didera, diseksa dan mengalami kerosakan seksualitinya, berjuang dengan gigih, akhirnya berjaya. Kemerdekaan itu mengubah persepsi kendiri wanita, dan menganjurkan revolusi untuk kedaulatan feminitinya.

Melalui teks-teks kreatif, mereka berusaha untuk mendapat tempat yang sederjat dengan lelaki. Dipelopori oleh Virginia Woolf antaranya Orlando (1928) dan A Room of One’s Own (1829) membawa misi dan slogan keagungan kaum hawa.

Dengan mencitrakan perbezaan biologi, meletakkan wanita itu mundur. Mereka dieksploitasi dan didiskriminasi zaman berzaman. Hakikat kontras dunia lelaki dan dunia wanita, sering kali menimbulkan pelbagai fenomena yang tidak terpecahkan. Wanita bertanggapan, perbezaan biologi memberi peluang lelaki menghegemoni mereka.

Singgah di rumah feminisme sastera Melayu, menyaksikan kemelut keberadaan wanitanya, masih berbalam dalam perjalanan sastera Melayu. Tidak banyak karya yang membawa watak idaman feminis.

Dalam kekayaan sastera tradisional, hanya ditemui watak Siti Zubaidah, Tun Kudu, Tun Fatimah dan Srikandi Tun Intan, itu pun mereka memakai pakaian lelaki.

Pada zaman moden, menyaksikan muflisnya protagonis anti-hero di tangan wanita. Jurang kebisuan inilah yang berpandangan, bahawa kerusi teori sastera feminisme harus diletakkan di rong singgahsana sastera Melayu. Ia berlaku di sekitaran dekad 1980-an.

Wacananya mengilhamkan kebangkitan penulis wanita. Banyak karya mula dihasilkan. Puisi-puisi Zurinah Hassan dan Siti Zainon Ismail mengambil suara perempuan yang identik dengan sifat kelembutan kewanitaan Melayu dalam meniti kehidupan.

Anugerah karya Zaharah Nawawi (1995) novel yang menggunakan teknik metahistoriografi, membawa semangat perjuangan wanita menuju kemerdekaan.

Namun, Maznah Nordin dengan novel-novelnya meletakkan sastera feminisme Melayu di tempat terhormat. Menongkah Lumrah (1996), Syumul (1998), Timulak Kapal Perang (2000) dan Lara (2012) antara karyanya yang memberi peranan protagonis kepada wanita, yang tidak lagi dibengkung oleh tradisi rumahtangga. Tiada lagi ratapan hegemoni patriaki, tetapi keunggulan feminitinya.

Penelitian akademik seperti latihan ilmiah dan tesis, mula dikerjakan untuk menilai teks-teks feministik tersebut. Teori sastera feminisme menjadi saingan teori intertekstualiti dan teori semiotik.

Sastera Melayu mempunyai empat tokoh terkenal, iaitu Rosnah Baharuddin, Siti Hajar Che Man, Membunga @ Siti Meriam Yaacob dan Haryatie Abdul Rahman sebagai pemegang mohor kedoktoran feminisme.

Kini, sastera feminisme tidak lagi terkurung sebagai teks domestik. Pengarangnya sudah membuka pintu dan jendelanya, melakukan ziarah dan kunjungan ke dunia luas pascamoden.

Namun, yang masih kekal di rumah sendiri, sesuai dengan kata-kata Showalter, merekalah yang berhak mencitrakan dunia rumah tangga, percintaan dan pengalaman kelahiran, kerana ia adalah milik pengalaman sejati wanita. Ternyata lelaki cuba berpura-pura dengan suara sumbangnya.

Banyak lagi dimensi dan ruang untuk karya kewanitaan di Malaysia. Perjuangannya masih berterusan, asalkan disaring oleh tasyrik kewanitaan Islam.

Mungkin ada cita-cita yang tersimpan, pada suatu hari nanti ada Perdana Menteri wanita negara.

Pengiktirafan Anugerah Sasterawan Negeri Sabah, yang telah diberikan kepada Azmah Nordin, memetakannya sebagai ikonik feminis, dan sangat besar signifikasinya terhadap sastera feminisme Malaysia.

* Mana Sikana ialah nama pena Dr Abdul Rahman Napiah. Beliau ialah pengkritik, pengkaji dan penteori sastera terkenal Malaysia


Source: Terkini

[featured-video-plus]