Usah panik, Jambatan Sultan Yusof selamat digunakan


TELUK INTAN – Orang ramai terutamanya pengguna Jambatan Sultan Yusof, Batu 5, Jalan Teluk Intan – Sitiawan diminta tidak panik dengan kenyataan palsu yang tular dilaman sosial baru-baru ini.
Sebelum ini beberapa pengguna laman sosial Facebook serta aplikasi sosial WhatsApp memuat naik serta berkongsi beberapa keping gambar mengatakan bahawa terdapat kerosakan teruk melibatkan jambatan berkenaan.
Rata-rata pengguna turut melahirkan rasa bimbang memandangkan terdapat sesetengah pihak yang melontarkan komen mengatakan bahawa terdapat retakan serta mendapan teruk terhadap struktur jambatan tersebut.
Exco Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika ditemui selepas melakukan lawatan rasmi meninjau keadaan Jambatan Sultan Yusof memaklumkan tiada kerosakan kekal melibatkan struktur jambatan seperti yang didakwa sesetengah pengguna laman sosial.
“Hari ini saya telah melakukan lawatan di Jambatan Sultan Yusof bagi melihat kerosakan seperti yang didakwa oleh pengguna melalui laman sosial.
“Tinjauan yang dilakukan bersama Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak, Abdul Rani Harun, mendapati bahawa memang terdapat kerosakan pada jambatan tersebut tetapi bukan melibatkan strukturnya seperti yang didakwa sesetengah pengguna,” katanya.
Tambahnya, hasil siasatan dan juga laporan JKR Hilir Perak mendapati kerosakan tersebut melibatkan Expansion Joint di Pier 11 Jambatan Sultan Yusof.
** Dapatkan Sinar Harian untuk berita penuh
Source: SH Viral
[featured-video-plus]