PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

September 2017

Pemandu pelancong jumpa mayat reput

in Edisi Sabah Sarawak by
Pemandu pelancong jumpa mayat reput


PADAWAN – Mayat seorang lelaki separuh reput ditemui terdampar di tebing Sungai Semadang berhampiran Kampung Danu di sini tengah hari tadi oleh seorang pemandu pelancong yang membawa sekumpulan pelancong berkayak di sungai berkenaan.


Beko Sijip, 50, berkata, beliau segera memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada seorang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Danu yang kemudian melaporkan kepada pihak polis.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan Balai Polis Padawan pada 1.59 tengah hari tadi meminta bantuan untuk mengangkat mayat berkenaan sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat  Siburan tiba di lokasi pada 3.15 petang.


Beliau berkata, bagaimanapun, identiti lelaki itu belum dapat disahkan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.- Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Polis marin rampas balak haram di Kapit

in Edisi Sabah Sarawak by
Polis marin rampas balak haram di Kapit


KUCHING – Tindakan pembalak haram menjalankan kegiatan hingga ke kawasan pedalaman dapat dipatahkan pasukan penguatkuasaan dalam operasi terbaharunya di Nanga Maramah, Batang Baleh di Kapit, semalam.


Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima ACP Salehuddin Mat Zaman berkata dalam operasi tengah hari itu, pihaknya dan beberapa agensi penguatkuasaan lain dapat merampas 469 kayu balak pelbagai jenis dan saiz yang  bernilai RM535,500.


Beliau berkata sebelum mencatatkan kejayaan itu, pihaknya terpaksa menempuh perjalanan kira-kira lapan jam dari Pekan Kapit selain perjalanan mereka terganggu dengan ‘sekatan’ haram yang dibina bagi melambatkan perjalanan.


“Hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, pasukan operasi menjumpai 469 batang balak pelbagai saiz dan jenis seperti meranti, kapur dan jelutong yang disyaki telah ditebang secara haram.


“Semua balak tersebut didapati tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Semua balak yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan selanjutnya.


Sementara itu, Salehuddin berkata kejayaan itu merupakan kes rampasan balak haram ke-29 oleh PPM Wilayah Lima.


“Bagi tempoh Januari hingga September ini, nilai rampasan yang dicatatkan adalah kira-kira RM6.8 juta,” katanya.- Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Dua sungai utama di Kota Belud lepasi paras bahaya

in Edisi Sabah Sarawak by
Dua sungai utama di Kota Belud lepasi paras bahaya


KOTA KINABALU – Paras air dua daripada tiga sungai utama di Kota Belud melepasi paras amaran menyebabkan 13 kampung dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak kira-kira jam 3.20 petang ini.


Malah, menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah di sini malam ini, Sungai Tempasuk meningkat ke paras bahaya dan mencatat bacaan 5.42 meter.


Paras air Sungai Abai mencatat bacaan 5.45 meter, manakala Sungai Kadamaian pula masih di paras normal dengan bacaan 1.6 meter.


Kampung yang terjejas ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui, Kampung Linau dan Gunding.


Turut terjejas ialah Kampung Sembirai, Kampung Lingkodon, Kampung Tanjung Pasir, Kampung Wakap, Kampung Labuan dan Kampung Taun Gusi Keranjangan.


Tiga jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan kerana dinaiki air pula ialah Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu dan Jalan Kampung Menunggui.


APM masih memantau keadaan di lokasi kerap banjir di daerah itu dan belum memaklumkan jika ada pusat pemindahan yang dibuka. – Bernama

 


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Kemalangan dua kenderaan, jalan sesak 10km

in Viral by
Kemalangan dua kenderaan, jalan sesak 10km


PUCHONG – Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Petaling Jaya ke Putrajaya dikatakan terbabas sebelum merempuh sebuah lori.


Kemalangan terbabit menyebabkan kesesakan berlaku lebih 10 kilometer dari arah Damansara ke Puchong.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Lagak samseng jalanan

in Viral by
Lagak samseng jalanan


LAGI cerita samseng jalanan yang tular di media sosial, semalam. Melalui satu perkongsian seorang pelayar wanita di laman Facebook, menceritakan detik cemas apabila kenderaan dipandunya, dihimpit empat kereta di Lebuhraya Utara Selatan.


Menurut pelayar terbabit, kejadian bermula apabila sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna putih melakukan aksi berbahaya. Beliau cuba membunyikan hon kepada pemandu berkenaan.


Sebaliknya kenderaannya dihimpit tiga lagi kereta jenis Proton Preve, Gen 2 dan Persona yang turut mengepung kereta dipandunya. Lebih cemas, pemandu Honda City cuba melanggar kenderaan dipandunya, namun sempat mengelak. 


Dia menghentikan kenderaan. Keempat-empat kenderaan yang menghimpit turut berhenti. Pemandu keluar dan salah seorang daripada mereka mengetuk cermin kereta pemandu wanita itu.


Akibat ketakutan, dia tidak mengendahkan sebaliknya menghubungi Plus.  


Menurut status tersebut, anggota polis dari Balai Polis Mersing mengiring mereka sehingga tiba di destinasi dengan selamat.


Turut dimuat naik, video bersama anggota polis membantunya.


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

45 ekor udang celup tepung berharga RM10?

in Viral by
45 ekor udang celup tepung berharga RM10?


SETIU – Kuasa tular atau ‘viral’ memberi impak berganda kepada sebuah kedai makan di kawasan Penarik, di sini, sejak sebulan yang lalu.


Pelanggan yang datang ke Kedai Makan Trizai sangat berpuas hati dengan harga dan kuantiti serta layanan yang diberi kedai berkenaan.


Mana tidaknya, dengan hanya membayar RM10 sepinggan, pelanggan memperoleh 45 ekor udang celup tepung yang cukup digemari ramai.


Begitu juga dengan harga ikan selayang celup tepung yang dijual RM1.90 seekor.


Malah minuman seperti teh O beng (ais) dan sirap diberi secara percuma kepada pelanggan dengan konsep layan diri.


Pengusaha Kedai Makan Trizai, Zainab Mohamed, 26, berkata, dia tidak menyangka kuasa tular begitu tinggi impaknya sehingga dia tidak menang tangan berhadapan pelanggan yang berpusu-pusu ke kedai itu.


Katanya, keadaan itu berlaku apabila terdapat pelanggan yang menularkan kedai berkenaan dan mendapat respon positif daripada netizen termasuk dari luar Terengganu.


“Akibat daripada viral, kedai yang telah beroperasi selama lima tahun ini terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga jam 10 malam dan juga menambah jumlah pekerja kepada lebih 20 orang.


“Sebelum ini kedai mula buka jam 10 pagi hingga 7 petang, tetapi setelah menjadi viral, orang ramai masih datang sebelah petang sehingga malam, menyebabkan saya buka (kedai) sampai malam,” katanya ketika ditemui di kedainya, di Penarik, di sini.


Zainab berkata, situasi itu berlaku ketika musim perayaan dan juga cuti umum termasuk hujung minggu.


Malah katanya, dalam tempoh itu juga, dia perlu menambah stok udang dan ikan selayang bagi menampung permintaan pelanggan.


“Musim perayaan (Aidiladha) baru-baru ini, stok udang satu tan manakala 500 kilogram ikan selayang habis dijual dalam tempoh sehari.


“Biasanya hari-hari biasa, kami menyediakan stok udang sebanyak 500 kilogram dan ikan selayang 300 kilogram sahaja sehari,” katanya.

 


Source: SH Viral

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA