90 peratus undi 'ya' referendum kemerdekaan Catalonia

in Global by


BARCELONA – SEPANYOL. Kerajaan Catalonia mengumumkan 90 peratus pengundi yang menyertai referendum kemerdekaan kontroversi di wilayah itu memilih untuk berpisah dari Sepanyol.


“Kira-kira 2.2 juta penduduk Catalonia mengundi ‘ya’ terhadap soalan ‘Adakan anda mahu Catalonia menjadi negara merdeka dalam bentuk republik?” kata jurucakap kerajaan, Jordi Turull.


Terdahulu, pemimpin Catalan, Carles Puigdemont berkata, wilayah terbabit berhak merdeka selepas jutaan mengambil bahagian dalam pungutan suara tersebut.


“Pada hari ini, penduduk Catalonia telah memenangi hak untuk menjadi sebuah merdeka dalam bentuk republik,” katanya menerusi wawancara bersama stesen TV.


Beliau turut menggesa Kesatuan Eropah supaya berhenti mencari ‘cara lain’ selepas tindakan kekerasan pihak berkuasa ke atas pengundi yang disifatkan tidak adil dan pelanggaran serius yang diarah Kerajaan Sepanyol.  


Sementara itu, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy mengisytiharkan ‘tiada pungutan suara’ berlangsung di negara tersebut walaupun lebih 800 dilaporkan cedera akibat pergelutan dengan polis yang cuba menghalang proses pengundian terbabit.


Menurut pihak berkuasa Catalan, lebih 2.2 juta daripada 5.3 juta pengundi yang berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]