Buat keputusan tangguh pengajian demi bela rakyat

in Politik by


KUALA LUMPUR – Demi perjuangan membela rakyat Malaysia, Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memutuskan untuk menangguhkan pengajiannya dalam Ijazah Dasar Awam di Universiti Oxford, United Kingdom (UK).


Katanya, beliau membuat keputusan itu kerana merasakan perjuangannya membela rakyat belum tamat dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan.


“Keputusan ini sangat sukar kerana saya bakal kehilangan biasiswa sebanyak kira-kira RM400,000 dari Oxford dan badan yang mempunyai kaitan dengan institusi pengajian itu.


“Ramai kawan meminta saya meneruskan pengajian dan selepas tamat pengajian, kembali semula ke dunia politik, tetapi keutamaan saya adalah pada negara dan rakyat tercinta,” katanya pada sidang media di sini.


[ARTIKEL BERKAITAN:Wujud rangkaian dedak sistematik: Syed Saddiq]


Menurutnya, tiada pihak, baik daripada kepimpinan atau ahli akar umbi yang mempengaruhinya untuk membuat keputusan berkenaan, sebaliknya ia adalah keputusannya sendiri.


Katanya, segala yang dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat, bukan untuk parti atau kepimpinan parti Bersatu.


“Saya mungkin gagal dan segala pengorbanan saya ini mungkin sia-sia. Namun sekurang-kurangnya, satu hari nanti, saya mampu menghadap anak dan cucu sendiri mengatakan bahawa saya sudah mencuba sebaik mungkin,” katanya.


**DAPATKAN LAPORAN LANJUT DALAM SINAR HARIAN ESOK


Source: SH Politik

[featured-video-plus]