Dua lori berlanggar, pemandu cedera tersepit

in Uncategorized by


TAIPING – Seorang pemandu lori terpaksa menahan sakit selepas tersepit dalam kemalangan di Kilometer 230.5 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Zainuddin Zakaria, 47, dari Felda Jengka, Pahang mengalami kecederaan apabila kaki kirinya tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua lori sedang menuruni bukit.


Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lagi lori.


“Akibat perlanggaran itu, mangsa dipercayai telah tersepit sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri. Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Mohd Sharif Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 4.51 pagi.


“Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa dalam keadaan tersepit dan tindakan awal dilakukan ialah mengeluarkan mangsa.


“Menggunakan peralatan penyelamatan, mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk di bawa ke Hospital Taiping.


“Operasi menyelamat selesai sepenuhnya kira-kira sejam kemudian,,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]