Jelajah Malaysia: 22 jalan di Shah Alam akan ditutup

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Sebanyak 22 buah jalan di Shah Alam akan ditutup esok untuk memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal lebuhraya Jelajah Malaysia 2017.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, penutupan jalan tersebut akan bermula kira-kira 10 pagi melibatkan tiga zon iaitu Zon A, B dan C yang akan bermula di Ibu Pejabat UMW Toyota yang terletak di Seksyen 15.


“Laluan Zon A melibatkan jalan di Persiaran Selangor, Bulatan Selangor, Bulatan Sejahtera, Persiaran Tengku Ampuan, Bulatan Melawati, Persiaran Kayangan, Bulatan Kayangan, Persiaran Hishamuddin dan Bulatan Stadium.


“Bagi Zon B pula, jalan yang akan ditutup melibatkan jalan di sekitar Bulatan Sukan, persimpangan Tesco Extra, persimpangan Pasar Tani, persimpangan hadapan Wisma Rozali, Jalan Subang, Persiaran Gerbang Utama Seksyen U8, Bulatan Persiaran Gerbang Utama Seksyen U8, Jalan Balairong U8, simpang Jalan Lelangit U8,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Shafien berkata, bagi Zon C pula, tiga laluan akan ditutup melibatkan Persiaran Gerbang Utama, Jalan Jendela U8/20, dan Persiaran Mokhtar Dahari.


Katanya, semua laluan ini akan mula dibuka kepada semua lalu-lintas bermula pukul 10.30 pagi secara berperingkat.


“Sepanjang kejohanan ini berlangsung, seramai 121 pegawai dan anggota polis akan terlibat bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta kejohanan. Kita turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak laluan tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]