Pertandingan memasak disertai 48 pelajar

in Edisi by


KOTA BHARU- Seramai  48 pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun dari 16 negeri di seluruh negara termasuk Putrajaya dan Labuan bertanding di Pusingan Akhir Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Jabatan Pendidikan Tunjong, di sini, hari ini.


Pegawai Eksekutif Maggi, Nestle Malaysia, Geetha Balakrishna berkata, pertandingan memasak itu membolehkan anak muda mengasah bakat kulinari di samping memperkayakan pengetahuan mereka tentang penyediaan sajian makanan lazat dan seimbang.


“Menerusi pertandingan ini, kami menggalakkan tabiat makan dan amalan memasak yang sihat.


“Kita juga turut menekankan hakikat bahawa memasak adalah kemahiran sepanjang hayat yang sangat bermanfaat,”katanya.


Sementara itu, Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama sekali lagi dengan Maggi untuk memastikan kejayaan Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Maggi.


“Bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih sihat, para pelajar perlu mendapat kefahaman yang lebih baik tentang pentingnya diet seimbang.


“Kami percaya bahawa pertandingan ini sudah mencapai matlamat dan membantu mengasah kemahiran memasak anak-anak muda Malaysia yang berbakat”katanya.


Pertandingan ini diperkenalkan pada 1997 dengan sokongan Kementerian Pendidikan, yang merupakan platform untuk menyuntik minat dan penghargaan terhadap amalan memasak makanan yang lazat dan seimbang dalam kalangan pelajar sekolah dan sehingga kini hampir 300,000 pelajar telah menyertai pertandingan ini.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]