‘Aduhai sabarlah Reds’

in Sukan by


KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson percaya The Reds mampu meraih kemenangan perlawanan pada masa depan.


Menurutnya, beliau optimis pasukannya akan kembali bernasib baik untuk kembali bersaing di kelompok teratas liga.


“Ia memang pelik bila kami sentiasa beraksi dengan baik, tetapi masih berakhir dengan kekecewaan.


“Kami mencipta banyak peluang dalam setiap perlawanan tetapi nasib masih tidak menyebelahi kami.


“Apa pun, kami tidak boleh berputus asa. Kami perlu terus berusaha untuk memanfaatkan setiap peluang selepas ini dan kemenangan pasti akan tiba untuk kami,” katanya.


Awal pagi semalam, Liverpool gagal memanfaatkan peluang mencari tiga mata apabila sekadar seri 1-1 menentang Newcastle United.


Ini keputusan seri berturut-turut untuk Reds apabila sebelum ini turut mencatat keputusan sama dengan Spartak Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]