Bekas kakitangan APBM direman SPRM

in Nasional by


PORT DICKSON – Bekas penolong pegawai tadbir Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson pagi tadi untuk permohonan reman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bekas penolong pegawai tadbir itu direman lima hari bagi membantu siasatan kegiatan meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM800.


Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Port Dickson, Siti Khairiah Abd Razak,  selepas membenarkan permohonan SPRM.


Suspek berusia 32 tahun itu disyaki telah menerima wang suapan berjumlah RM800 daripada pengarah syarikat pelancongan dari Port Dickson sebagai dorongan untuk memperakukan baucar bayaran bagi program pemantapan organisasi APBM pada 2016.


Bayaran tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik suspek.


Terdahulu, suspek ditangkap oleh pegawai SPRM Port Dickson pada jam lebih kurang 3.35petang semalam di pejabat SPRM Port Dickson.


Kes dikendalikan oleh Pegawai SPRM Port Dickson, Mohd Fadzlin Mohd Salleh


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]