Jasa, pengorbanan veteran ATM dihargai

in Nasional by


SUNGAI PETANI – Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar hari ini  membuat lawatan ke rumah Sarjan (B) Ahmad Md Isa (3122) sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-84, di sini.


Lawatan Mohd Ramli itu mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor .


“Lawatan ini bertujuan menyampaikan sumbangan peribadi YM PAT kepada 3122 Sarjan (B) Ahmad Md Isa yang telah pun menjangkau 90 tahun,” petik kenyataan Markas 2 Divisyen.


Difahamkan lawatan itu juga sebagai mengenang jasa dan pengorbanan beliau yang berkhidmat selama 21 tahun dan unit terakhir Pasukan Gerak Khas Malaysia (PGKM) atau Malaysia Special Service Unit (MSSU) yang mana sekarang dikenali sebagai 21 Gerup Gerak Khas.


Beliau telah berpencen wajib pada 1968.


Dalam pada itu, veteran tersebut berasa sungguh terharu diatas kunjungan serta penyampaian sumbangan tersebut yang mana jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak pernah dilupakan oleh pucuk pimpinan tertinggi ATM.


Beliau juga turut mendoakan agar ATM akan terus disanjung serta dihormati seluruh rakyat malaysia dalam menjaga keamanan serta kedaulatan negara daripada ancaman pihak musuh.


Turut serta, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Ismail; Pengarah JHEV Negeri, Lt Kol Ahmad Rosdi TUDM, Sani Osman dan Yang Di-Pertua Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) Zon Utara serta AJK.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]