Khalid Samad mungkin bertanding di Johor

in Politik by


KUALA LUMPUR – Amanah memberi bayangan bahawa Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad akan bertanding di Johor pada PRU akan datang.


Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pemilihan Khalid ke Johor berdasarkan kriterianya yang ada padanya.


“Saya tidak nafikan bahawa Amanah dalam proses untuk membawa YB Khalid membawa ke Johor untuk memperkukuhkan lagi barisan Amanah, bagi membutirkan kemenangan kepada Pakatan Harapan.


“(Selain Khalid), kita (Pakatan Harapan) sedang memikirkan untuk membawa tokoh-tokoh lain daripada parti lain untuk memperkemaskan kedudukan kita di Johor,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Wisma Amanah Negara, di sini, hari ini.


Mengulas spekulasi Khalid bakal melawan abangnya, Tan Sri Shahrir Abd Samad di Parlimen Johor Bahru pada PRU14, Salahuddin tidak menolak kemungkinan itu.


Menurutnya, bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa kerusi Parlimen Johor Bahru sebelum ini ditandingi oleh calon daripada PKR pada PRU13.


“Itu satu kemungkinan kita (Amanah) (Khalid menentang Sharir) berlaku. Itu semua kita akan putuskan melalui permuafakatan Pakatan Harapan.


“Kita (Amanah) tidak akan umumkan calon-calon sebelum mendapat kebenaran daripada Majlis Presiden.


“Cumanya, kita boleh mencadangkan tokoh-tokoh dan tempat-tempat yang sesuai untuk kita bertanding,” katanya.


Salahuddin berkata, Khalid mungkin bertanding di mana-mana kerusi di Johor, tetapi partinya perlu berbincang dengan parti lain bagi pengagihan kerusi yang akan ditandingi.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]