Lelaki warga China ditahan kerana tipu

in Nasional by


SIBU – Biarpun sudah lama menghilangkan diri, seorang lelaki warga China berjaya diberkas kerana menipu seorang wanita negara itu di sini April lalu.


Lelaki berusia 25 tahun yang disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.


“Suspek kini direman sehingga 6 Oktober untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” kata Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zalanni Amit.


Menurutnya, lelaki terbabit telah memperdaya mangsa dengan meyakinkannya bahawa beliau boleh membantu membuat kiriman wang dengan pantas secara dalam talian.


Tertarik, mangsa telah menyerahkan wang RM30,000, hasil titik peluhnya bekerja selama 10 tahun di Malaysia, kepada lelaki itu untuk dikirimkan kepada keluarganya di China pada 10 April lalu.


Namun mangsa diberi tahu suspek telah kembali ke China keesokan harinya.


Menyedari dirinya ditipu, beliau membuat laporan polis pada 12 April. – Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]