Mula-mula tertekan, sekarang dah ok

in Nasional by


SAYA baru sahaja bersekolah di SMK Bandar Damai Perdana awal tahun ini. Mula-mula tu, agak tertekan juga sebab kawan-kawan menaruh harapan yang tinggi pada anak cikgu ni.


“Ada yang mengharap anak cikgu kena buat kerja lebih, kena jadi yang terbaik, kena rajin dan mesti jadi rujukan rakan sekelas dalam apa jua bidang. Stress tau,” kata Khairyn Arina Suhaimi, 16.


Sebagai seorang PRS sekolah, Khairyn Arina berkata, walaupun agak tertekan, namun dia seronok bila menjadi perhatian guru di sekolah.


“Bila jadi ‘anak cikgu’, automatik cikgu di sekolah akan kenal kita.


“Kemudian, jika ada masalah dalam pelajaran, cikgu ini akan sampaikan pada ibu, Cikgu Zurairah Ibrahim dan ibu akan bertindak sebagai cikgu di rumah untuk ajar saya agar lebih memahami subjek yang susah,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang chef. ¬†


Khairyn Arina melahirkan rasa bangganya kerana dapat bersekolah di sekolah ibunya mengajar.


Selain mendapat beberapa kelebihan, dia dapat melepaskan rasa rindu pada ibu bila berada di sekolah.


“Kadang-kadang kalau kita tak ada mood nak belajar, tengok je wajah ibu, terus bersemangat. Hilang rasa malas. Memang bestlah,” katanya.


Dia mengakui, ibunya seorang yang rajin dan sangat berbakat manakala dia pula pemalu.


Sementara itu, Cikgu Zurairah, 41, berkata, setiap pelajar ada kelebihan masing-masing, cuma bila jadi anak cikgu, kelebihan itu mungkin lebih berbanding pelajar lain.


“Saya ambil contoh, jika ada sesuatu yang berlaku pada anak cikgu atau anak tidak menyerlah dalam pelajaran, kita akan cepat dapat maklumat daripada guru lain. Jadi dari satu segi, ia memudahkan kita untuk membantu¬† anak berjaya dalam pelajaran,” katanya.


Mengajar Bahasa Inggeris dan dipanggil ‘teacher’ di sekolah, Zurairah berkata, jawatan penting seperti pengawas, ketua kelas, pustakawan atau sebagainya, akan digalas oleh anak cikgu.


“Bukan kerana pilih kasih atau pelajar itu anak cikgu di sekolah, tetapi komitmen, pencapaian cemerlang dan bakat kepimpinan yang ada, membuatkan mereka dipilih.


“Pelajar yang bukan anak cikgu juga ada yang diberi tanggungjawab sebagai ketua pengawas, pengawas atau jawatan alin. Kiranya ini rezeki masing-masing,” ujar beliau.


Beliau sempat beri sedikit nasihat untuk semua pelajar yang bergelar anak cikgu:


“Jangan perlu rasa rendah diri atau takut orang kecam kita sebagai anak cikgu. Kita buat aje apa yang terbaik untuk kita. Peluang setiap pelajar semua sama, sama ada kita rajin atau tidak untuk mencapai kejayaan,” jelasnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]