Penganjur tidak dapat dihubungi

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Usaha Sinar Harian mendapatkan maklum balas pihak penganjur Karnival Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017 di sebuah hotel, di sini, menemui jalan buntu.


Walaupun telah cuba menghubungi pihak penganjur berpandukan nombor telefon dipamerkan pada iklan promosi program, bagaimanapun maklum balas tidak diperoleh apabila panggilan tidak dijawab.


Malah, mesej meminta penjelasan dari wakil penganjur melalui aplikasi WhatsApp dihantar ke nombor sama juga tidak berbalas sehingga jam 3 petang, semalam.


Sehingga jam 3.30 petang, nombor telefon portal pekerjaan dalam negara yang menganjurkan karnival kerjaya selama dua hari sudah tidak dapat dihubungi.


Tinjauan Sinar Harian di Facebook mulai kelmarin mendapati, penganjur pada mulanya telah menutup laman sosial apabila dikecam netizen yang mendakwa terpedaya dengan penganjuran karnival itu.


Tidak lama kemudian, penganjur karnival menukar nama laman sosial itu kepada Cuti Cuti Malaysia sebelum kembali menggunakan laman sosial sama kelmarin.


Laman sosial itu mengemas kini ‘cover photo’ kira-kira 14 jam lalu dan memuat naik status terakhir berhubung program kali terakhir kira-kira jam 11.11 pagi, kelmarin, dan tiada status baru setakat ini.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]