Posisi Koeman di Everton masih selamat?

in Sukan by


PEMILIK saham terbesar Everton, Farhad Moshiri menyuarakan sokongannya kepada Ronald Koeman walaupun pengendali kelahiran Belanda itu terus gagal membawa kelab itu ke landasan kemenangan.


“Kami sedang berada di prestasi terburuk musim ini. Tapi semuanya masih terlalu awal dan saya akan terus memberi sokongan penuh kepada Koeman,” katanya.


Kelmarin, The Toffees  tewas 0-1 kepada Burnley di laman sendiri sekali gus menjadikan kekalahan keempat dari lima perlawanan terakhir liga.  


Bagi Koeman sendiri, beliau mengakui kecewa dengan kekalahan ini, namun beliau akan berusaha memperbaiki kelemahan pasukannya bagi menyelamatkan kariernya di Goodison Park.


“Sudah tentu perasaan berbeza saya alami musim ini daripada kekalahan pasukan kendalian saya.


“Tetapi saya harus menerimanya dan perlu segera bangkit untuk menyelamatkan posisi saya dalam pasukan ini,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]