Rasuah: Penguat kuasa JPJ direman enam hari

in Semasa by


PUTRAJAYA – Empat penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung suapan bernilai RM400 hingga RM600 yang diterima daripada seorang pengusaha bas sekolah.


Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Siti Nabila Abd Rashid selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Kesemua individu lelaki berumur awal 30-an itu merupakan penguat kuasa JPJ yang bertugas di cawangan Bangi, Selangor.


Mereka ditahan pada pukul 3 petang semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana memperoleh suapan.


Menurut jurucakap SPRM, suapan itu dipercayai bertujuan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu bas sekolah berkenaan yang didakwa tidak mempunyai permit sah. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]