Sikap tak peduli Gen Y resahkan ahli politik

in Politik by


FENOMENA anak muda tidak mempedulikan isu semasa dan hal politik negara dinilai sebagai sesuatu yang meresahkan pimpinan parti politik.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, anak muda ialah golongan paling bermaklumat dan mereka aset penting buat masa depan negara. Namun berdasarkan rekod daftar mengundi, nyata ia begitu membimbangkan.


“Bayangkan lebih 2.5 juta atau hampir 70 peratus anak muda belum mendaftar pengundi. Lebih mengejutkan lagi, hampir 1.8 juta orang (45 peratus) yang tidak mendaftar itu merupakan anak muda Melayu.


“Masalah ini diburukkan lagi dengan polisi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyukarkan proses


pendaftaran pengundi. Mereka tidak membenarkan parti politik tolong daftarkan pemilih baharu,” katanya.


Nik Nazmi berharap golongan muda di negara ini buka mata untuk prihatin terhadap isu politik kerana ia saling berkait dengan masalah yang mereka hadapi.


Selaras dengan itu katanya, Pemuda Pakatan Harapan melancarkan beberapa tawaran kepada anak muda yang memfokuskan kepada isu pendidikan, pekerjaan dan perumahan.


“Tiga perkara itu lebih penting untuk masa depan anak muda berbanding meningkatkan kemarahan rakyat dengan isu-isu skandal dan rasuah yang membelenggu negara pada hari ini.


“Kita sedar kehidupan anak muda kini penuh dengan pelbagai cabaran di peringkat awal kehidupan lagi, hutang


keliling pinggang seperti PTPTN, kenderaan, peribadi dan kad kredit.


Nik Nazmi berkata, menjadi harapan besar pihaknya membantu menyelesaikan tiga isu yang selama ini membelit kehidupan anak muda.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]