Suu Kyi ke Brunei untuk hadiri sambutan Jubli Emas

in Nasional by


YANGON – MYANMAR. Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi akan berkunjung ke Brunei Darussalam bagi menghadiri sambutan Jubli Emas Sultan Haji Hassanal Bolkiah Menaiki Takhta di Bandar Seri Begawan, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu pengumuman rasmi pada Selasa.


Sultan Brunei sebelum ini telah berkenan melawat Myanmar pada Mac 2014 semasa U Thein Sein memegang tampuk pemerintahan negara itu.


Kedua-dua negara menjalinkan kerjasama dalam sektor tenaga dan pertanian.


Bagi memperkukuh hubungan mesra yang sedia ada dalam semua bidang dan memudahkan prosedur serta perjalanan rakyat masing-masing antara kedua-dua negara, Myanmar dan Brunei sepakat untuk mengecualikan visa terhadap pemegang paspost biasa pada Oktober 2014.


Myanmar dan Brunei mewujudkan hubungan diplomatik pada 1993 dan kedua-duanya adalah anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean). – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]