Amanah tidak setuju penubuhan JITN

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Amanah tidak bersetuju cadangan kerajaan menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan minggu lalu.


Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, partinya membangkang penubuhan jabatan tersebut kerana melihat penubuhan JITN akan mengurangkan kuasa SPRM.


“Saya cukup bimbang JITN akan menjadi satu badan yang selari, iaitu memusatkan kuasa perdana menteri. Malah, saya bimbang SPRM akan diletakkan di bawah JITN (pada masa akan datang).


“(Jika situasi itu berlaku), kebebasan, kewibawaan dan integriti SPRM semakin berkurang dengan wujudnya JITN kelak,” katanya semasa sidang media di Wisma Amanah Negara, di sini, semalam.


Beliau menganggap Paul Low sudah kekeringan idea dengan memberikan cadangan penubuhan jabatan terbabit, yang dianggapnya sebagai mengarut.


Malah, beliau mendakwa Paul Low memberikan cadangan tersebut hanya untuk menyedapkan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]