Bapa tak lena tidur anak hilang

in Semasa by


BACHOK – Seorang bapa terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang berusia 11 tahun hilang dari rumah di Kampung Merabang malam tadi.


Ea Nui a/l Eh Mon, 48, berkata, ketika itu dia berada di belakang rumah dan hanya menyedari kehilangan anaknya itu selepas masuk ke dalam rumah.


Eh Nui berkata, anaknya itu tidak memaklumkan untuk keluar pada malam itu, namun kelakuannya aneh dan agak gelisah sejak beberapa hari lalu.


“Lepas saya gagal mengesan anak dalam rumah, saya keluar ke kedai kopi berhampiran untuk bertanya orang kampung yang ada di situ. Mereka kata ada sebuah kereta Perodua Kancil merah datang ambil anak saya.


“Mujurnya mereka juga prihatin dan sempat catatkan nombor kereta itu. Penduduk kata kereta itu sudah beberapa hari kelihatan berlegar-legar di sekitar kampung kami. Saya kemudian bergegas ke Balai Polis Bachok untuk buat laporan mengenai anak yang hilang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Balai Polis Bachok petang tadi.


Hadir sama ialah Naib Pengerusi Lions Club Kota Bharu, Chua Chin Hui dan Pengerusi kelab kebajikan Cakna Kelantan, Pui Tiong Lam.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, kes itu bukan kes culik seperti yang ditularkan sebaliknya berpunca daripada masalah keluarga.


Beliau berkata, pihak polis bertindak di atas maklumat yang diberikan keluarga untuk mengesan kanak-kanak terbabit yang dijumpai di Selising, Pasir Puteh tengahari tadi.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]