Dedah ilmu asas Rela

in Nasional by


DUNGUN – Manfaat dan ilmu berganda diperoleh peserta kem Rela siswa siswi (Relasis) sesi 2017 yang diadakan di Tasik Puteri, Bukit Besi, di sini, baru-baru ini.


Seramai 150 peserta terdiri daripada anggota Relasis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terlibat dalam program yang berlangsung selama dua hari itu.


Pegawai Bersekutu Briged Relasis PSMZA, Mohd Amran Che Mood berkata, secara objektifnya kem tersebut bertujuan memberi pendedahan asas Rela kepada anggota Relasis PSMZA.


Menurutnya, ia menerangkan tentang hala tuju Rela, menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan minat anggota Relasis supaya terus memilih Relasis sebagai kokurikulum untuk semester seterusnya.


“Kem yang dijalankan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.


“Asas tugasan Rela yang sebenar dapat diterapkan dan melahirkan pelajar berkepimpinan serta bertanggungjawab.


“Secara tidak langsung menyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi pelbagai dan memberi kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undang-undang dan jadual yang ditetapkan,” katanya.


Hadir sama, Timbalan Komander Pengurusan Briged Relasis PSMZA, Mohd Ruzi Hamzah.


Katanya, menerusi aktiviti yang dijalankan ia dapat membentuk generasi menjiwai semangat perpaduan, keterampilan diri, daya saing yang sihat, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran hidup.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]