Jumpa puluhan senjata

in Nasional by


LAS VEGAS – AMERIKA SYARIKAT . Pihak berkuasa menemui sejumlah senjata dan peluru milik lelaki yang melancarkan serangan tembakan di sebuah festival muzik di Las Vegas yang meragut sekurang-kurangnya 59 nyawa dan menyebabkan lebih 520 cedera.


Jurucakap polis memaklumkan penemuan sebanyak 42 senjata api termasuk di bilik suspek, Stephen Paddock, 64, yang melepaskan tembakan rambang dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay terbabit pada malam Ahad lalu.   


“Sebanyak 23 senjata api termasuk senapang canggih yang mampu menembusi perisai polis ditemui di bilik hotel itu manakala 19 lagi dijumpai di rumahnya di Mesquite. Beberapa bahan letupan dan peranti elektronik juga disimpan di kediamannya,” kata Penolong Syerif Jabatan Polis Las Vegas, Sheriff Todd R Fasulo.


Sementara itu, Syerif Joseph Lombardo berkata, Paddock dipercayai membawa kira-kira 10 bagasi ke dalam bilik hotel terbabit.


Difahamkan, pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan tembakan yang disifatkan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).


Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Donald Trump dilaporkan terus berdiam diri tentang isu kawalan senjata atau memberi sebarang komen tentang insiden tembakan paling buruk itu.


Pada tahun ini, lebih 270 kejadian serangan tembakan direkodkan di AS.- Agensi


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]