Lelaki dijumpai rentung dalam kebakaran rumah

in Edisi Sabah Sarawak by


KUCHING – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Batu Perak, Kota Sentosa dekat sini malam tadi.


Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, bomba menjumpai mayat lelaki yang sudah rentung di bahagian dapur rumah itu yang terbakar.


Bagaimanapun, katanya identiti mayat berkenaan tidak diketahui dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis.


Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, seluruh rumah berkenaan ranap dan pasukan bomba mengambil masa lebih sejam untuk memadamkan kebakaran. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]