Penggunaan mata wang Kripto diputuskan hujung tahun

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada penggunaan mata wang kripto dilarang di Malaysia, akan dibuat oleh Bank Negara Malaysia sebelum akhir tahun ini


“BNM sedang mengkaji semua aspek sebelum memutuskan dasar mengenainya. Garis panduan mengenai wang kripto dijangkakan akhir tahun ini,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim ketika ditanya sama ada Malaysia juga akan mengharamkan penjualnya, seperti China.


Selain China, Korea Selatan juga mengumumkan larangan penawaran syiling permulaan, kaedah bagi syarikat pemula niaga mengumpul dana permulaan mata wang kripto.


Garis panduan yang ditetapkan oleh BNM pada akhir tahun ini dijangkakan menetapkan pendekatan negara terhadap mata wang kripto, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di sini hari ini.


Namun, jika keputusan membenarkan penggunaannya, garis panduan akan menetapkan kaedah menangani isu ini, dari segi mendaftar peserta, ‘mengumpul data serta memastikan semua (aktiviti) yang mereka lakukan akan dibuat secara (telus)’.


“Tunggulah, Sekarang baru Oktober, dalam tempoh kurang dari tiga bulan, kami akan memberikan butirannya,” katanya ketika terus diminta mengulas mengenainya.


Muhammad berkata garis panduan itu juga akan menangani risiko yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Malaysia. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]