Perdana Menteri Kanada lawat AS, Mexico minggu depan

in Nasional by


OTTAWA – KANADA . Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dijadual  melawat Amerika Syarikat (AS) dan Mexico pada minggu depan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.


Trudeau, dijangka melawat Washington pada 10 Oktober serta mengadakan pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump.


Antara perkara bakal dibincangkan ialah mengenai isu membabitkan kepentingan kedua-dua negara termasuk keselamatan antarabangsa serta hubungan perdagangan dan ekonomi.


Kemudian pada 12 Oktober, Trudeau akan mengadakan lawatan rasmi julung kali ke Bandaraya Mexico dan bertemu dengan Presiden Enrique Peña Nieto.


Kanada dan AS berkongsi hubungan perdagangan terbesar di dunia. Dagangan dua hala antara kedua-dua negara bernilai hampir CAN$882 bilion (AS$714 bilion) pada 2016.


Sementara itu, dagangan dua hala antara Kanada dan Mexico pula bernilai lebih $40 bilion (AS$32 bilion) pada 2016. – Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]