Shopee Mall tawar 100,000 produk

in Nasional by


SHOPEE Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi beli-belah atas talian (online) dengan melancarkan Shopee Mall.


Platform baharu itu menawarkan 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh 300 jenama dan pengedar terkemuka.


Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, dengan peningkatan bilangan jenama dan syarikat yang menyambut baik inisiatif ekonomi digital, Shopee Mall merupakan platform kepada pelbagai jenama meluaskan pasaran mereka untuk mendekati empat juta pelanggan Shopee.


“Polisi komisen sifar kami membolehkan kami bekerjasama erat dengan usahawan Shopee Mall untuk memastikan semua produk dijamin pada harga terendah,” katanya pada majlis pelancaran Shopee Mall, semalam.


Menurutnya, Shopee Mall merupakan sasaran Shopee Malaysia untuk menjadi pusat sehenti membeli-belah yang menampilkan pelbagai produk.


“Pengguna juga boleh menikmati penjimatan menerusi penghantaran percuma bagi setiap pembelian minima RM30, manakala produk percuma boleh dilakukan menerusi label pos prabayar yang disediakan dengan setiap pembelian,” katanya.


Selain itu, katanya, pelanggan Shopee Mall boleh menikmati pelbagai manfaat, antaranya produk tulen, polisi 15 hari pemulangan dan penghantaran percuma ke seluruh negara serta pelbagai produk di bawah program Jaminan Harga Terendah Shopee.


“Shopee Mall direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia. Kepercayaan adalah faktor utama yang mendorong aktiviti membeli-belah secara dalam talian,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]