Trump elak soalan kawalan milikan senjata

in Nasional by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengelak menjawab soalan kawalan milikan senjata yang diajukan wartawan susulan tragedi serangan di Las Vegas.


Menurut laporan CNN, kawalan milikan senjata oleh orang awam menjadi isu hangat selepas penyerang, Stephen Paddock didapati mengumpul senjata sejak lebih dari 20 tahun lepas.


Trump memberitahu, beliau akan berjumpa dengan waris-waris mangsa, pihak berkuasa dan pihak perubatan yang terlibat terlebih dahulu.


[ARTIKEL BERKAITAN: Serangan Las Vegas: Siapa Stephen Paddock?]


Beliau menjanjikan perbincangan kawalan milikan senjata pada satu tarikh yang belum ditetapkan.


Dalam kejadian 2 Oktober lalu, Stephen melepaskan tembakan dari senjata automatik secara rambang dari tingkap sebuah hotel di Las Vegas.


Seramai 59 mangsa disahkan maut polis menemui Stephen tidak bernyawa di biliknya, dipercayai membunuh diri.


[ARTIKEL BERKAITAN: Serangan berdarah, gemparkan Las Vegas]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]