Aguero ‘cuti’ enam minggu

in Sukan by


SERGIO Aguero yang terlibat dengan kemalangan di Amsterdam minggu lalu, dikhabarkan terpaksa berehat enam minggu untuk kembali pulih.


Ini disampaikan oleh doktor pasukan kebangsaan Argentina, Dr Donato Villani yang mengatakan kecederaan dialami Aguero lebih teruk dari jangkaan.


Katanya, buat masa ini Aguero tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti sekali pun kerana baru selesai mengalami pembedahan.


“Mood Aguero tidak begitu baik sebab dia mahu segera kembali bermain untuk pasukan kebangsaan dan kelab. Tetapi insiden ini nyata lebih teruk daripada apa yang kami jangka.


“Dia terpaksa berehat selama enam minggu atau hampir dua bulan. Dia tidak boleh melakukan apa-apa sekali pun termasuk berjalan di rumah atau keluar masuk kereta buat masa ini,” katanya.


Berita ini menyaksikan Aguero bakal terlepas dua perlawanan bersama pasukan kebangsaan Argentina dan mungkin terlepas dua perlawanan bersama Manchester City.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]