CAP gesa Mada atasi masalah benih padi subsidi

in Edisi Utara by


YAN –  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ketiadaan bekalan benih padi bersubsidi yang dihadapi hampir 500 petani di daerah.


Pegawai Luar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Yusuf berkata, sepatutnya para petani terbabit telah memulakan kerja-kerja menabur benih pada 20 September lalu tetapi malangnya bekalan tersebut tidak sampai kepada mereka menyebabkan aktiviti itu terbantut.


“Sehubungan itu CAP meminta pihak Mada mengambil langkah segera bagi menyelamatkan petani dari mengalami kerugian dan terjejas sumber pendapatan berikutan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Pada 3 Oktober lalu, Sinar Harian ada memaparkan berita berkaitan petani yang masih menunggu benih padi dengan harga subsidi bagi memulakan aktiviti menabur untuk musim ini.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]