Kedah mara ke final, bangkit tewaskan Terengganu

in Sukan by


KEDAH mara ke final Piala Belia 2017 selepas menewaskan Terengganu 3-2 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu, petang tadi.


Walaupun keputusan penuh terikat dengan agregat 3-3 namun skuad kendalian Mohamad Ramlee itu mara ke pentas akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.


Pelapis Hijau Kuning bawah 19 Tahun ini berjaya merealisasikan azam mereka untuk bangkit di Gong Badak selepas tewas 0-1 kepada Terengganu pada separuh akhir pertama di Stadium UUM minggu lalu.


 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]