KKLW akan beri kerjasama kepada SPRM

in Semasa by


PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyelewengan dana yang dikaitkan dengan kementerian tersebut.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun pihaknya difahamkan bahawa isu tersebut merupakan kes lama, namun dokumen-dokumen berkaitan berkemungkinan masih berada di dalam kementerian itu sekiranya ia diperlukan SPRM.


“Jadi jika SPRM memerlukan sebarang dokumen untuk melengkapkan siasatan mereka, kita akan serahkan.


“Apa saja yang diperlukan SPRM kita akan serahkan,” katanya kepada media selepas  majlis penyerahan sumbangan kepada waris mangsa kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah: SPRM bekukan aset bernilai RM179 juta]


Sebelum ini, difahamkan bahawa SPRM telah merampas lebih RM150 juta wang tunai dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 lokasi sekitar Sabah.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut memaklumkan bahawa badan anti rasuah tersebut telah menyita RM29 juta lagi berhubung kes penyelewengan dana oleh sebuah kementerian di Sabah.

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]