Lacazette idam ledak gol tempat lawan

in Sukan by


ALEXANDRE Lacazette belum cukup berpuas hati dengan prestasinya bersama Arsenal.


Ini kerana menurutnya, beliau masih belum mampu menjaringkan sebarang gol jika beraksi di tempat lawan.


“Di Emirates, saya begitu efisien menjaringkan gol. Tetapi di tempat lawan saya belum menjaringkan apa-apa.


“Ini yang mahu saya perbaiki walaupun sekarang ini prestasi saya bersama Arsenal dilihat semakin baik.


“Saya juga berharap mampu menjadi lebih baik bila berada di hadapan pintu gol kerana kami memerlukan lebih banyak gol untuk kembali bersaing di posisi teratas liga,” katanya.


Sejak berpindah ke Arsenal dari Olympique Lyon, nama Lacazette mula meniti di bibir penyokong Gunners selepas meledak empat gol daripada tujuh penampilan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]