Lelaki parah bergelut dengan ular gergasi

in Global by


JAKARTA – INDONESIA . Seorang lelaki di Indonesia parah akibat bergelut dengan seekor ular sawa sepanjang tujuh meter selepas terserempak dengan haiwan reptilia itu ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.


Robert Nababan, 37, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di ladang kelapa sawit di wilayah Indragiri Hulu berjaya membunuh ular gergasi tersebut selepas berjuang bermati-matian, namun dia terpaksa dikejarkan ke hospital akibat luka yang dialami.


“Saya cuba menangkapnya. Ia mematuk tangan saya dan saya bergelut untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di hospital. – Daily Mail


Source: SH Global

[featured-video-plus]